Malaysia a Christian Nation?

What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?

Fiqh Medic

What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)

Men VS Women

Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?

Are You Ready to Fall in Love??

What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?

Does God need us?

Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?

Sunday, January 8, 2012

Ragam nasib wanita di akhirat


Sahabat, Ali bin Abi Thalib r.a menceritakan "pada suatu hari aku bersama isteriku, Fatimah, berkunjung ke rumah Rasullah S.A.W. Ketika itu kami dapati baginda sedang menangis. Maka kami memberanikan diri dengan bertanyakan kepada baginda : "Wahai ayahanda, apakah gerangan yang menyebabkan ayahanda menangis?"
  Nabi SAW bersabda: "ketika aku dimikrajkan ke langit, kepada diperlihatkan orang-orang yang diseksa begitu dahsyat. Setiap kali aku mengingatinya, aku selalu menangis sedih!".
  Kami bertanya lagi, "Ya Rasulullah. Apakah yang kamu lihat saat itu?" Nabi SAW menjawab, " Saat itu aku menyaksikan :

 
  1. Perempuan yang digantung dengan rambutnya , sedangkan otak di dalam kepalanya bergolak mendidih.
  2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya , kedua tangannya tergantung di punggung, dan pada kerongkongnya dituang cairan panas dari neraka.Perempuan yang digantung pada buah dadanya, melingkar kea rah punggung , dan pada kerongkongnya dituangkan cairan zakkum dari neraka.
  3. Perempuan yang digantung, kedua kaki dan tangannya diikat menyatu pada ubun-ubun, dan tubuhnya dibelit ular ganas serta binatang kala yang mengerikan.
  4. Perempuan yang dipanggang di atas api menyala-nyala sambil mengunyah tubuhnya sendiri.
  5. Perempuan yang memotong-motong tubuhnya sendiri dengan beberapa gunting dari neraka.
  6. Perempuan berwajah hitam legam mengunyah-ngunyah ususnya sendiri.
  7. Perempuan tuli, buta serta bisu dikurung dalam peti yang menyala-nyala. Lubang –lubang tubuhnya mencucurkan darah yang membusuk dan tubuhnya pun membusuk bagaikan diserang penyakit kulit dan kusta.
  8. Perempuan berkepala babi hutan dan bertubuh keldai diseksa dengan beribu macam seksaan.
  9. Perempuan bertubuh anjing, kemaluannya dimasukki lipan beracun, lalu keluar melalui duburnya, sambil dipukuli dengan palu yang membara.
Kemudian, berdirilah Fatimah seraya bertanya "Wahai ayahku, mohon jelaskan kepadaku tentang amal-amal para perempuan tersebut!" Maka Rasulullah SAW pun menjelaskan dalam sabdanya ," Wahai Fatimah puteriku, adapun :

  1. Perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana ia tidak mahu menutup rambutnya di hadapan kaum pemuda.
  2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia menyakiti hati suami dengan ucapannya.
    Baginda meneruskan sabdanya," Tidak seorang perempuan pun menyakiti hati suami dengan mulutnya (ucapannya), melainkan Allah akan memanjangkan lidahnya pada hari kiamat nanti sehingga sepanjang tujuh puluh dzira', kemudian mengikatnya di belakang lehernya.

  3. Perempuan yang digantung dengan kaki terikat adalah perempuan yang suka keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak pernah mandi hadas besar selesai daripada haid atau nifas.
  4. Perempuan yang makan tubuhnya sendiri adalah dia yang suka berhias untuk diperlihatkan pada pemuda lain. Serta suka mengumpat orang lain.
  5. Perempuan yang memotong tubuhnya sendiri menggunakan gunting adalah dia yang suka berdandan dan berlenggang- lenggok di depan khalayak ramai demi mencari kebenaran, serta agar orang yang memandangnya jatuh hati.
  6. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya pada ubun-ubun dengan beberapa ular dan binatang kala ganas melilit di sekujur tubuhnya adalah kerana dia mampu mengerjakan solat dan mampu berpuasa tetapi dia tidak pernah berwuduk tidak pernah solat dan tidak pernah berpuasa, serta tidak pernah mandi junub.
  7. Perempuan yang berkepala babi hutan dan bertubuh keldai disebabkan dia suka mengadu domba dan suka berbohong.
  8. Perempuanyang berbentuk anjing adalah dia yang suka memfitnah dan mengomel di hadapan suaminya.

 


 

Sungguh berat dan pedih seksaan Allah di akhirat bagi orang –orang yang melakukan kesalahan dan tidak bertaubat. Sebagaimana firman Allah: 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim : 7).


Tidak ada sesiapa yang boleh lari daripada melakukan kesalahan, yang penting kita haruslah memohon kemaafan kepada Allah kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka walaupun dosa yang dilakukan oleh hambanya itu sebesar gunung ataupun sekecil zarah kerana Allah itu Maha Pengampun. Kepada para muslimat di luar sana jauhilah perkara-perkara yang meletakkan anda dalam golongan yang disebutkan dalam hadith di atas. Kepada para muslimin pula jaga dan bimbinglah isteri dan keluarga anda ke arah jalan yang diredhai Allah. 


"Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka" (At- Tahrim : 6)
 

Al- Badru.

Msoc 2011/2012 Committee.