Thursday, January 27, 2011

Analogi sebatang mancis dengan gunung



Assalamualaikum brothers and sisters

Problem!! Problem!!

Analogi sebatang mancis dengan gunung

“Anak mancis dan Gunung

Besar beza saiz keduanya ni!! Mana lagi besar?

MANCIS!!!!!!

dan inilah yang berlaku kepada kita sekarang ni.” ( korang kene bc smpai abes br faham anology ni)

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.

Dewasa ini, setiap manusia, tidak kira muslim atau non- muslim kesemuanya mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Seorang pelajar sibuk dengan pelajarannya, pekerja dengan permasalahan pekerjaannya, ibu dengan urusan rumah tanggannya dll. Pendek kata, setiap orang disibukkan dengan sesuatu.

Hari ini, kita amat terkesan dengan suasana. Pelajar sibuk memikirkin bagaimana meningkatkan CGPA,, seorang ayah memikirkan bagaimana mahu menjana ekonomi tambahan, sebuah syarikat mahu memajukan perniagaannya dan sebagainya. Why??

Kerana umumnya kita sentiasa sibuk mengatakan perkara sebegini setiap masa dan keadaan. We emphasize the importance of those thing every single day. Acapkali kita dibayangkan oleh janji-janji keduniaan, dan ianya menjadi ucapan sehari-hari

:::: Duit, pangkat, harta, kekayaan, kecantikan

:::: kerje sekian-sekian, dapat gaji hujung bulan

:::: belajar pandai-pandai, dapat kerja bagus

:::: Wat itu dan ini, akan dapat sesuatu at the end of the day

Tp kte mungkin lupe dan kurang mendengar janji-janji Allah. Jarang-jarangnya kita mendengar tentang perkara ghaibl ; wujudnya mizan, titian sirat, syurga, neraka dan sebagainya. Dalam percakapan sehari-hari, kita lebih banyak bercakap kelebihan dan kehebatan perkara keduniaan tanpa dapat melihat kesemua perkara ini adalah kudrat kekuatan dan kehebatan Allah s.w.t.

laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. Al-Ahzab:21

Yes, worldly matters truly are our problem. No doubt. Tapi, sedar atau tidak, kesemua ini hanyalah masalah kecil.

“What, small problem!!!! Small problems in which with tawajjuh to Allah and necessary action taken, insyaAllah will be solved. ermm, so what is our main concern?”

permasalahan yang besar ialah akhirat kita, iaitu kehidupan yang kekal abadi.

Hadis Riwayat Imam at Tirmizi

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

“Ketahuilah bahwa kehidupan dunia hanyalah permainan dan pelalaian, dan perhiasan, dan bermegah-megahan antara kamu, dan persaingan dalam harta benda dan anak-anak. Seperti perumpamaan hujan yang tanamannya menakjubkan orang-orang yang ingkar, kemudian ia menjadi kering, maka engkau melihatnya menguning, kemudian ia menjadi hancur. Dan di akhirat ada siksaan yang keras, dan keampunan dari Tuhan, dan keridhaan. Dan tiadalah kehidupan dunia itu selain kesenangan yang menipu.” (Quran 57:20)

Hari ini, kita lemas dengan kehendak nafsu kita. Kita lupa orang yang bijak menjadikan dunia sebagai ladang dan jambatan untuk menyampaikan ke akhiratnya. Sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Dunia ini ibarat ladang. Di sinilah tempat kita bercucuk tanam. Hasilnya akan kita tuai di Akhirat.

Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah


Berbalik kepada anologi diatas, mancis( permasalahan dunia)-gunung( permasalahn akhirat)

Hari ini, kerana kurangnya fikir agama, kita dilalaikan dengan kehendak keduniaan atau permasalah kedunian kita semata-mata dengan lupa melakukan kehendak agama.

Kenapa mancis dilihat besar?

Kerana tumpuan dan tawajjuh kita hanya pada melihat anak mancis di depan anak mata kita( Fokus melihat mancis depan mata, hampir-hampir menujah anak mata), permasalahan yang sedang kita lalui sehingga kita tidak nampak atau lupa gunung dibelakang mancis iaitu kehidupan akhirat kita , dimana samada kelazatan syurga atau azab neraka.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)

Hari ini, kita yakin dengan usaha kita sehingga tiada masa untuk bertawajjuh kepada Allah. Kita lupa dengan keimanan yang sempurna dan amalan agama akan dapat menarik bantuan Allah S.W.T dengan setiap perkara yang dilakukan. Why not, dapat Allah, dapat segala-galanya.

Take care all. Wallahua'lam. Wassalam.

by Zamir Amno

0 comments:

Post a Comment