Malaysia a Christian Nation?

What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?

Fiqh Medic

What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)

Men VS Women

Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?

Are You Ready to Fall in Love??

What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?

Does God need us?

Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?

Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Coklat Solat


Tahukah anda, bahawa solat itu boleh rasa lebih enak dari coklat?



Ya. Lebih best dan sedap dari coklat Toblerone, Daim, Cadbury dan Cokolat celup, celup celup! (ok.lame…)

Sama ada kita sedar ataupun tidak, solat itu perkara asas bagi seorang Muslim.

Bila kita bercakap soal asas, bermakna ia permulaan bagi segala sesuatu. Maksudnya, apa saja yang kita lakukan dengan asas yang rosak, ia tidak akan pergi ke mana. Ibarat sebuah bangunan, jangan bermimpi untuk pasang arial radio terbesar berbentuk bulan sabit, jika asas atau foundation kepada bangunan itu rapuh dan tidak lengkap. Apatah lagi jika rosak dan langsung tiada.

Ibarat juga seperti kita sekarang. Bagaimana kita mampu membaca dan menulis sekarang, dengan teks yang panjang dan sukar, tanpa kita selesaikan perkara asas dahulu iaitu; belajar mengenal huruf dan mengeja.

Jadi kemana saja kita akan pergi dan berkembang, jika asas sudah tidak lengkap, penghujungnya juga tidak akan lengkap.

“Orang yang mengambil ringan tentang sembahyangnya akan lebih mengambil ringan dalam soal yang lain” 
(Rufai’ bin Mihran)


Akan lebih mengambil ringan dalam hal yang lain…. Ohoi~

Oleh kerana solat ini begitu penting, ada hadis keras dari Rasulullah s.a.w yang menyentuh perihal solat.


 Nabi saw bersabda yang bermaksud : “Pemisah antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (HR. At-Thabari)


Dengan hadis ini juga Umar al-Khattab pernah mengatakan : “Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat”.


Bahkan seorang tabien yang bernama  Abdullah bin Syaqiq beliau mengatakan: “Dulu para shahabat Muhammad saw tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat”.(Lihat As-Tsamar Al-Mustathab fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, ms. 52)

Gulp. Terasa palpitation.

Sememangnya, tidak lengkap hidup kita sebagai seorang Muslim tanpa solat. Serius.
Kalau tidak solat, ibarat rasa macam pen, yang tak boleh tulis. Ibarat macam kedai 7eleven,yang tutup waktu malam, bahkan rasa seperti phone yang mahal2, tapi kemek dalam seluar.. Seram tak perasaan tu?

Maka solatlah. Selagi nyawa masih ada.




Side Effect Solat


Ya. Ada side effect setelah kita menjamah solat ini. Solat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dan side effect yang hadir ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kita sedar tak, selepas solat kita rasa sedikit tenang?

Rasa sedikit lapang?

Adakah kita yang mengawal perasaan itu? Tidak.

Melainkan itulah tanda, bahawa diri kita diciptakan, untuk Dia. Kembali pada fitrah.

Kerana hati itu hanya akan tenang, dengan perkara fitrah yang menyenangkan. Ia tidak akan tenang dengan perkara yang kotor. Susah sebenarnya untuk rasa tenang lepas mendengar muzik metal. Tapi dengan deruan air, kicauan burung, nah. Hati itu sudah berbicara bahasa yang nyaman. Rasa lapang..

Bahkan, Rasulullah dan para sahabat meletakkan solat ini, bukan sebuah ritual berat, tapi sebuah pertemuan yang merehatkan.

Nabi s.a.w bersabda, “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.”(HR Imam Ahmad)

Nah..itu yang kita mahu.

Supaya solat ini, rasa seperti mendengar deruan air, kicauan burung. Bahkan lebih lagi.
Bukankah itu masanya kita bertemu janji dengan Allah yang membangunkan kita hari itu? Yang menghidupkan kita pada waktu itu?

Jadi tidak pelik jika ketika solat, terasa getaran hati itu. Luluh air mata berderai mengingatkan diri, mengingatkan Tuhan.. tambah2 ketika solat bersendirian, saat dunia masih lagi sedang tidur.

Hanya kita dan Dia.

Hanya kita dan Dia...


Tak dapat nak diungkapkan kata-kata. Hanya mereka yang pernah merasa akan tahu. Dan rugilah jika kita tidak bercadang untuk merasa. Rugi, kerana mata itu tak mampu menangis untuk Tuhannya, tetapi mampu menangis dengan hal-hal dunia. Seolah mata itu tidak berguna. Hanya menambah dosa, demi dosa..

Uh!

Jadi inilah solat yang diajar Baginda s.a.w.

Solat, dengan hati yang berhubung dengan Penciptanya. Dengan hati yang hidup dan bernyawa.



Achievement unlocked-Level Upgraded.


Yaanda solat. Bagus.

Tapi, err..napa solat Zohor pukul 4? Solat subuh ke Dhuha tu? Solat Dhuha ada qunut ek? (kantoi) Uish..lajunya. Tengah senam robik ke…

Ya. Sudah tiba masanya untuk kita perbaiki solat kita.

Jika sebelum ini kita hanya solat dibilik, cuba kali ini turun ke surau. Solat awal waktu. Berjemaah. Jangan bimbang, anda tidak perlukan GPS untuk itu. Bawah blok anda sahaja.. Aish!

Terasa berat nak ke surau/masjid? Tiba-tiba graviti bumi tidak stabil pulak masa tu. Berat betul graviti di kaki.. Yang peliknya,dia seorang je rasa..

Hmm.. Itu mungkin gangguan jin kott.. Dia tak nak melepaskan member dia ke kancah dan lembah ke’surau’an yang sungguh dahsyat dan penuh cahaya ini.

Terpulanglah.

Kesian jugak jin tu sorang-sorang. Tiada sape nak teman.

Nanti kat akhirat, dia boleh teman anda juga kan..

Waah.. BFF ni. Friendship forever… and ever.

Jeles i...… (tgn ke bahu, mata ke atas)

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda maksudnya: “Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini bukan lah sunnah Baginda untuk kita terus statik dan tiada peningkatan dari segi amalan. Semua orang pasti bermula dengan kosong. Tapi itu tidak bermaksud kita juga perlu berakhir dengan kosong.

Lihat Umar r.a, dia bermula sebagai seorang pemuda musyrik semasa Jahiliyyah, tetapi akhirnya menjadi khalifah ummah. Dari pemuda yang banyak bergaduh dan berlumba, kepada pemimpin yang bertaqwa. Kuncinya,dia mahukan perubahan pada dirinya. Dia mahukan kebaikan.



Dia mahukan kebaikan, lalu dia akan sentiasa memeriksa dirinya.

Jadi persoalannya sekarang, adakah anda masih lagi tidak merasa solat berjemaah di awal waktu di masjid dan surau sebagai perkara baik? Jika anda tahu itu perkara baik, apa yang menghalang anda?

Jujur.

Apa yang menghalang kita dari menerima kebaikan itu?

Adakah the fact that yang kita tak yakin? Atau rasa berat?

Bukankah perkara baik, layak untuk kita usahakan? Dari perkara yang sebaliknya?

Lalu apa sebabnya…?

Takkan sebab jin lagi kott….. Aish!




Ada sebuah hadis dari Jabir r.a, katanya: “Bani Salimah bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: “Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?”
Mereka menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu.”

Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.”
(Riwayat Muslim)


Jika kita lambat, ada kelas, ada lab, ada kerja dan sebagainya, cuba solat juga di surau/masjid.

Jika kita tidak mampu dapat pahala solat awal waktu, dapat pahala untuk setiap langkah pun jadi lah.
Tak dapat pahala solat jemaah, sekurang-kurangnya dapat fadhilat dari 7 golongan yang mendapat naungan ketika di padang Mahsyar pun ok jugak.. (iaitu insan yang hatinya berada di rumah Allah)

Demi kebaikan kehidupan akhirat kita kelak.

Kerana mati itu pasti, maka kita perlu mempersiapkan diri walaupun ketika waktu kita muda. Sememangnya waktu kita muda!

Rugilah nikmat pemuda/pemudi itu, andai hidup tidak seperti pemuda. Tiada semangat. Tidak membawa perubahan. Khususnya diri sendiri.

Sedangkan nilai pemuda dalam Islam sangatlah hebat. Islam tidak akan tiba ke kawasan kepulauan Melayu ini tanpa dimulakan dengan pemuda yang bersih, tersusun, bervisi dan bermisi dengan hala tuju nya seperti Mus’ab bin Umair, Anas bin Malik, Muadz bin Jabal, Abu Ubaidah ibn Jarrah, dan lain-lain.

Adakah anda mahu menjadi pemuda/pemudi itu?

Maka, perbaikilah solat mu. Sempurnakan ia. Tunaikan hak kamu dengan Tuhanmu.

Tambahlah juga dengan solatsolat sunat yang lain.

Hidup ini bukan sekadar kelas, komputer, katil, couple (ehem.). Ia sangat luas lagi.

Tanpa anda perlu menjadi insan lain, anda hanya perlu menjadi edisi diri anda yang terbaik.

Mat yang suka main bola, masih sama, bezanya, sekarang dia ada nilai taqwa.

Mazlin yang suka bersembang dan ceria, masih sama, bezanya, sekarang dia ada nilai al-haya’.

Umar masih umar, tapi dia menjadi Umar edisi syurga. Jadi, apa yang menghalang anda?

Jadi jom kita sama2 menjadi diri kita yang lebih baik!

Edisi syurga biiznillah!

Jagalah solat anda. Kerana segalanya, bermula dengan solat. Segalanya.

Kita selesaikan perkara asas ini dahulu.

Ok?

Senyum.




Dinukil oleh: life mannequin

Sunday, November 28, 2010

Solat Tasbih


Assalamualaikum friends, have you heard of solat tasbih before? If yes, have you done it before? If no, then don’t worry this article fills you in on what is solat tasbih and how to perform it.

This solat is called tasbih because when performing it we will recite 300 tasbih which are Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.

Sabda Rasulullah:
Dua kalimah yang mudah diucapkan oleh lidah, tetapi kedua-dua kalimah itu berat pada timbangan Allah, kedua-dua kalimah itu disukai oleh Tuhan al-Rahman iaitu: Subhanallahi wabihamdihi, subhanallah al ‘azim.


Sabda Rasulullah:
Bahawa aku ucapkan: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar; lebih aku sukai dari segala apa yang ada pada hari itu.

Sabda Rasulullah:
Empat perkataan yang amat disukai oleh Allah Ta’ala, yang tidak menjadi masalah engkau memulakannya dengan menyebut mana-mana dahulu: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.


Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.

Rasulullah bersabda:
Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di “Isra’ ”kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.

KAIFIAT SOLAT TASBIH


Solat Tasbih sama seperti solat-solat sunat yang lain. Cuma solat tasbih mengandungi bacaan tasbih yang banyak. Solat ini dilakukan sebanyak 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah malam, lakukanlah 2 rakaat dengan satu salam. Kemudian teruskan pula dua rakaat lagi dengan satu salam. Sempurnalah 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah siang, lakukanlah 4 rakaat berterusan dengan satu salam sahaja.

NIAT

Malam : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Daripada Abi Rafi’ r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku”. Kemudian ruku’ dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu (‘iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)

KEDUDUKAN SOLAT TASBIH

Setelah Rasulullah menjelaskan tatacara Solat Tasbih kepada Abbas, Baginda menjelaskan pula kedudukan atau tuntutannya.
…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi

HUKUM

Bagi kebanyakan ulama Mazhab Syafie, Solat Tasbih hukumnya sunat. Pendapat ini antaranya dikemukakan oleh Abu Muhammad al-Baghawi dan Abu Mahasin al-Ruyani. Demikian juga dengan pendapat salaf, Abdullah bin al-Mubarak. Sungguhpun begitu, ulama hadith tidak menerima hadith mengenai solat tasbih dan mengatakan hadith tersebut adalah gharib dan daif. Namun hadith mengenai kelebihan membaca tasbih adalah sahih.

Oleh itu saudara-saudari, marilah kita semua cuba mengamalkan solat tasbih ini kerana ada banyak kebaikannya.

Prepared by Amin bin Harun

Friday, November 12, 2010

Jom Subuh

Assalamualaikum w.b.t


1. Early in the morning today, 12 November 2010, a group of us already 'officiated' the very first turn for this life long campaign. Insya Allah as we go along, we would like to hereby make this announcement and invite all of you to join this weekly 'fajr gathering.'

2. Let me divide this announcement today into 4 parts, so that you can at ease choose which one you would like to know and therefore read. First, is how is this going to be taking place. Second, some brief information about ayat of sujud tilawah. Third, the purpose of doing this. Fourth, busting the myths related to holding such a campaign.

3. FIRST: As a pilot project, we are going to start at Musolla Vista C first. A brother will be assigned to lead the Subuh (Fajr) prayer and recite any ayatul (verse) Quran that requires us to perform sujud tilawah. It is weekly on Friday and insya Allah at 6 am, unless upon significant change in prayer time. As simple as that. We are looking for an Imam at Musolla Vista B as well insya Allah. If any of you intend to volunteer, we really appreciate it and welcome you the most.

Note: Almost half of jemaah (congregation) that came today are from Vista B, and they are all Muslimah- a proof that with strong desire, nothing would ever come in our way to do things in the way of Allah and worship Him.

4.
SECOND: The above is the ayat for sujud tilawah. You can google on the internet for its meaning and also about when to recite it. Also, please take note that sujud tilawah is actually not wajib (compulsory) but is very strongly encouraged in Islam.

Quite basically, for our weekly Friday Subuh Prayer, we usually will recite surah Sajdah (chapter 32) until the 15th ayat, then we sujud (prostration) immediately (no ruku' and iktidal /no bowing and straightening up) and recite the ayat of sujud tilawah above (during prostration), before we raise again standing up straight so that Imam can continue the remaining of the surah. This is still considered the first rakaat. Next after is the usual flow of Subuh prayer we are familiar with ;-)

A simpler zikr such as subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar and lailaha illallah (one or all combined) can be an alternative to the ayat of sujud tilawah but let's put some efforts to memorize the very short ayat above, insya Allah.

5. THIRD: The purpose of doing this is very simple, the fact that Subuh prayer is the source of our strength as Muslims. More importantly, I personally believe that because we are students, we can gain spirit and energy to study by making it a habit to overcome the challenge and difficulties of waking up early during dawn.

We are all aware the fact that our enemies fear us not unless, we are strong enough to gather for Subuh prayer for congregrational prayer, like that we have for weekly Friday prayer (in terms of number of jemaah).

6. FOURTH: Everything should start slowly and regularly. Hence why we chose Friday as a start. We never intend to imply that we only have to wake up early on Friday alone. Insya Allah even everyday, there'll always be people in the surau for Subuh Prayer. So, please do come. At least as the first step, do wake up early and perform Solah ;-)

Insya Allah my best prayers to all of you brothers and sisters and please help spread the message. More importantly, please do join us, in rebuilding the strength of ummah. The world is getting old. Even if it's not, we are. Let's be prepared so long as we can still breathe oxygen in and out. ;-)

Wallahuaklam. Wassalam

MSOC Committee


Tuesday, October 19, 2010

RUGINYA MANUSIA MENINGGALKAN AL-QURAN


Hikmah dan kebaikan membaca Al-Quran sering dibincangkan atau dihuraikan dalam ceramah atau artikel. Disamping kita mengetahui kebaikan membaca Al-Quran, adalah amat wajar untuk kita mengetahui kesan buruk sekiranya kita melupakan Al-Quran. Apatah lagi meninggalkan terus kitab suci itu.

Sebelum kita kupas isu utama, kita kenali dahulu ciri-ciri Al-Quran.

Ciri-ciri Al-Quran:

1.    An-nur dan al-huda (petunjuk)
2.    Ar-Rahmah (bahagia)
3.    Al-Furqan (pembeza kebenaran dan kebatilan)
4.    Al-Haq (yang benar dan dapat memberi sumber keyakinan)
5.    Al-Bushra (pembawa berita gembira)
6.    As-Syifa’ (penawar dan penghapus kesedihan)
7.    Az-Zikri (peringatan)

Kesan kepada individu


1. Buta mata hati

Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia ini. Siapa yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat kebenaran Allah kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada cahaya kebenaran.

“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” (al-Hajj: 46)

Daripada ayat di atas, mata yang paling penting untuk dipelihara adalah mata hati yang apabila hati kita dijaga dan dipelihara, maka secara tidak langsung mata penglihatan dan telinga kita turut terjaga. Dan cara yang terbaik untuk menjaganya adalah dengan sentiasa membaca dan memahami ayat-ayat Allah.


2. Keras hati

Hati yang jauh dari petunjuk Allah menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran sehingga disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai diantara mereka menjadi orang-orang fasik” (al-Hadid: 16)

Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kaum sebelum ini yang telah berpaling dari kitab Allah, hati mereka akan menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran Islam. Dan sekiranya dibiarkan berlarutan menjauhi ayat-ayat Allah kelak mereka menjadi orang yang fasik.


3. Sempit dada

Apabila kita bergantung kepada selain Allah (makhluk) maka kita akan bergantung kepada sesuatu yang lemah dan tidak memiliki apapun. Kita akan merasa sempit apabila bergantung selain kepada Allah apabila tidak mampu memenuhi kehendak dan keinginan kita.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak…” (al-An’am: 125)


4. Lupa terhadap diri sendiri

Hubungan Allah dengan hamba-hambaNya begitu dekat. Apabila hamba dekat kepadaNya maka Allah lebih dekat lagi. Tetapi apabila hamba melupakan Allah, maka Allah akan melupakan hambaNya, bahkan menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik” (al-Hasyr: 19)


5. Fasiq

Fasiq merujuk kepada golongan yang keluar dari batasan-batasan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Apabila kita melupakan Al-Quran atau meninggalkannya, maka kita telah berada di luar batasan Allah swt sedangkan semua itu disebutkan dan diperingatkan di dalam kitabNya.

“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpaan ini? Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik”
(al-Baqarah: 26)

Orang yang beriman akan menerima dengan hati yang terbuka kebenaran ayat-ayat Allah tanpa perlu dipersoalkan lagi walaupun perkara itu sekecil-kecil perkara. Tetapi bagi orang yang melupakan Al-Quran, sukar bagi mereka untuk menerima perintah Allah walaupun memang sudah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran dan mereka akan terus menerus mempertikaikan hukum Allah itu.



Kesan kepada masyarakat



1. Kehidupan serba sulit

Allah swt telah berjanji bahawa siapa yang berpaling dari ajaran yang telah dibawa oleh nabi saw akan menerima balasan dalam kehidupannya. Kerana petunjuk selain dari Allah mempunyai kekurangan dalam setiap sisi.


“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(Taha: 24)



2. Zalim dan hina

Apabila kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah maka tempat untuk kita adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya yang sepatutnya menurut apa yang dikehendaki Allah. Kebergantungan kepada selain Yang Maha Pencipta iaitu makhluk akan melahirkan kehinaan.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah: 22)


3. Nifaq

Nifaq adalah sifat yang berbahaya bagi masyarakat dan bagi individu tersebut. Hal ini kerana orang tidak mengetahui mereka dengan baik, kerana pada zahirnya mereka seperti orang (muslim) lain. Tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati mereka. Rasulullah saw menceritakan sifat atau ciri-ciri nifaq dan meminta kita menjauhinya.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada Rasul,” (nescaya) engkau (Muhammad) orang munafik menghalangi dengan keras darimu” (an-Nisa’: 61)


4. Sesat

Petunjuk yang diturunkan oleh Allah swt adalah petunjuk yang jelas kebenaran. Dinyatakan satu persatu oleh Allah swt hakikat-hakikat kebenaran ini dengan bukti-bukti yang begitu jelas sehingga tidak ada lagi alasan bagi mereka untuk berpaling setelah mereka mengaku beriman, kecuali keingkaran mereka terhadap hakikat yang begitu jelas yang terbukti di hadapannya. Inilah yang disebutkan kesesatan yang nyata.

“Tidakkah engkau (Muhammad) memperhatikan orang-orang yang mengaku bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Tetapi mereka masih inginkan ketetapan hukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya” (an-Nisa’: 60)

“Orang yang dalam dadanya tidak ada sedikit pun dari Al-Quran, ibarat rumah yang buruk dan hampir roboh” (HR. At-Tirmidzi)

Maha Bijaksana Allah swt. yang menciptakan kehidupan dengan segala kelengkapannya. Laut yang luas dengan segala kandungannya. Langit yang biru dengan gemerlap hiasan bintang-bintangnya. Dan kehidupan manusia dengan kelengkapan aturan dan rambu-rambunya.

Berdekat-dekatlah dengan Al-Quran, hati akan memperoleh kesegaran. Untuk hati, siraman air adalah cahaya Al-Quran, kehangatan matahari adalah nasihat, dan tanah gembur merupakan lingkungan yang baik (bergaul dengan orang yang baik). Hati yang selalu dekat dengan Al-Quran bagaikan tanaman yang tumbuh di sekitar mata air yang jernih. Ia akan tumbuh subur.

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, dilingkupi pada diri mereka rahmat, dilingkari para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka pada makhluk yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)



Contributed by: wanie_mickey@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

Hakikat Ibadah


 Assalamualaikum w.b.t

Apabila disebut sahaja tentang ibadah, pasti ramai yang mengeluh. Solat 5 waktu tu pun sudah dirasakan berat, apatah lagi mahu melakukan ibadah yang lain. Tambahan pula di Bulan Barakah, Ramadhan ini, di mana kita diwajibkan berpuasa bagi yang mampu. Seluruh tubuh dirasakan amat lemah walhal bulan Ramadhan ini lah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat lincah menghayun pedang ke medan perang. Allahuakbar! Bagaimana mahu menarik orang memeluk Islam andai ibadah yang dilakukan amat berat sehingga mata-mata luar yang memandang pun merasakan Islam adalah agama yang berat.
Sebelum mengupas tajuk lebih lanjut, mari kita lihat dua situasi.
Situasi A : Seorang lelaki yg solat 5 waktu, tetapi masih mencuri dan menipu ramai orang.
Situasi B : Seorang lelaki yang solat 5 waktu, tetapi amat takut untuk melakukan kesalahan walaupun tiada sesiapa yang melihat.
Pelik kan?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar”          [surah al-‘Ankabut : 45]
Pelik tetapi benar. Ini lah perkara yang acap kali berlaku pada zaman sekarang. Ramai umat Islam yang masih melakukan perkara-perkara terlarang sedangkan solat itu pendinding daripada melakukan kesalahan. Apa puncanya? Nah, kerana mereka kurang arif atau lebih tepat lagi, masih jahil mengenai hakikat ibadah.
Hakikat ibadah adalah motivasi yang perlu ada dalam diri jika mahu melakukan ibadah. Kalau nak berjaya dalam pelajaran kita perlu motivasi, begitu juga jika mahu berjaya dalam ibadah. Maka, apakah motivasi ibadah itu?
1)      Merasakan banyaknya nikmat Allah dan merasakan keagungan Allah
Kunci kepada ibadah adalah perasaan. Ramai yang sudah hilang perasaan atau perasan mereka lebih agung daripada Pencipta yg Esa sehingga kufur nikmat Ilahi. Allahuakbar! Hidup penuh dengan perasaan takabbur, memandang tinggi diri sendiri dan memandang hina orang lain. Lupakah dia pada Pencipta yang Esa? Setiap mata yang berkelip, setiap nafas yang dihembus, setiap organ yang berfungsi semuanya adalah nikmat Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Apabila seseorang bersikap angkuh, dia sebenarnya sedang menghina dirinya sendiri di mata Allah dan di mata manusia. Imam Baihaqi meriwayatkan dalam kitab Syu’ab al-Iman daripada Umar al-Khattab katanya : “Sesiapa yang bertawadhuk kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Ia sangat hina dimata sendiri namun sangat mulia di mata orang lain. Dan sesiapa yang menyombongkan dirinya, maka Allah akan merendahkannya sehingga sangat besar di mata sendiri tetapi sangat hina di atas orang lain.”
Alangkah indahnya andai ibadah itu dihiasi perasaan bersyukur atas tiap pemberian Tuhan. Perasaan sedar diri bahawa kita tidak punya apa-apa, hanya menagih kasih, mengharapkan pemberian Allah untuk terus menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.
2)      Tujuan ibadah
Maka, apabila perasaan merasakan nikmat dan keagungan Allah sudah lahir dalam hati, kita perlu tahu untuk apa kita beribadah? Ibadah ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk kita menunjukkan rasa merendah diri, rasa kecintaan dan ketundukan kita kepada Pencipta Agung  Allah s.w.t. Perasaan indah itu akan membuatkan ibadah kita lebih indah. Tunduk dan sujudnya kita pada Pencipta dengan perasaan kesyukuran yang tidak terhingga. Tunduk dan sujudnya kita pada Allah dengan merasakan yang kita tidak punya apa-apa, cuma sebagai hamba yang hanya mengharap dan menagih simpati Tuhannya untuk hidup. Subhanallah! Ibadah yang seperti itulah yang Allah janjikan mampu mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3)      Hasilnya?
Ibadah yang dilakukan akan membentuk peribadi-peribadi yang punya perasaan takut. Kerana sedarnya akan nikmat Allah, kerana tahu bahawa ibadah adalah cara terbaik untuk mengucapkan kecintaan, ketundukan kita pada Allah, maka hasilnya ibadah ini akan kita lakukan dengan sangat khusyuk dan berhati-hati kerana takut Allah tidak menerima ibadah yang tidak sempurna. Kita juga akan menjadi peribadi yang sentiasa mengharap dalam ibadahnya, mengharap bahawa ibadah itu adalah ibadah yang cantik, ibadah yang berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah. Allahuakhbar!
Kesimpulannya, marilah kita berusaha menghidupkan ibadah-ibadah yang dilakukan dengan menyemai perasaan tawadhuk, menyedari hakikat ibadah dan beribadah dengan penuh ketakutan dan pengharapan. Solatlah seperti solat Saidina Abu Bakar, kerana hanya dengan melihat Abu Bakar bersolat sahaja, beberapa orang memeluk Islam.
InsyaAllah, semoga setiap ibadah yang kita lakukan mampu menahan kita daripada melakukan dosa dan semoga kita mampu mencerminkan keindahan Islam melalui ibadah dan sekaligus menarik mata-mata luar yang memandang Islam.
Selamat menjalani ibadah kerana Allah!
The author can be contacted at zuerkone123@yahoo.com
 Wassalam