Malaysia a Christian Nation?

What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?

Fiqh Medic

What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)

Men VS Women

Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?

Are You Ready to Fall in Love??

What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?

Does God need us?

Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?

Monday, July 14, 2014

Ini Badr Ku

Angin-angin gurun bertiup kuat.
Debu-debu pasir mengisi udara.
Ada hati-hati yang bertaut hebat.
Pada kiat-kiat Sang Pencipta.
Badr.


Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2H.
Pertempuran pertama umat Islam. Bagi meraih hak-hak harta Muslimin yang ditinggalkan di Mekah.
Pertempuran ini, bukan pertempuran main-main.
Hanya yang benar-benar beriman, akan menyertai.
Hanya yang benar-benar yakin, akan pergi.
Hanya yang benar-benar ikhlas, akan bersedia.
Hanya yang benar-benar taat, akan menyerahkan segala.


Rasulullah tidak menyatakan ke mana mereka akan pergi. Bahkan Rasulullah tidak menyuruh para sahabat untuk lama menyiapkan segala kelengkapan. Hanya bawa apa yang ada, dan pergi.

Tapi ternyata, Allah punya perancangan Nya yang tersendiri. Pada awal hanya ingin mengentarkan kafilah Abu Sufyan, tanpa perlu berlawan. Tidak dijangka ia akan bertukar menjadi peperangan.

Namun para sahabat bersedia. Tenaga dan darah sanggup dikorbankan. Jiwa dan nyawa sanggup diserahkan.

Ini bukan main-main.

Medan Badar menjadi saksi. Doa dan munajat Rasulullah & para sahabat dilaungkan. Memberi kekuatan pada hati-hati yang hadir.

Kedua kumpulan bertemu. Musyirikin Mekah & Muslimin Madinah. Gentar dan takut bukan lagi pilihan. Hanya kepada Allah segalanya dipertaruhkan.

Peperangan bermula. Mata pedang saling bertemu. Debu-debu percikan derapan kuda memenuhi udara. 

Disini, hanya satu pilihan yang tinggal. Hidup atau mati. Menang atau kalah. Segalanya demi Allah.
Segalanya demi Allah.

Peperangan semakin memuncak. Ramai sahabat yang terkorban. Terasa 313 melawan 1000 menjadi bebanan. Keadaan semakin genting. Pertempuran semakin sengit. Lalu doa dipanjatkan. Rasulullah terus memohon pertolongan Allah. Melaungkannya.

“Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya”

Ketika harapan dirasa tiada. Ketika peluang kemenangan terasa sempit. Allah membalas,

“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.

(al-Anfaal: 9)

Allah membalas doa hambaNya yang taat. Membalas doa kekasihNya. Rasulullah lalu bersabda kepada Abu Bakr,

“Terimalah berita mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan”.

Bantuan telah tiba.

Para malaikat telah turun. Juga bersama gerombolan itu, ketua para malaikat, Jibrail a.s. Dia juga turun berjuang bersama Baginda dan tentera muslimin. Demi sebuah kebenaran, Allah membenarkan.

Serangan perlu diteruskan. Semangat juang perlu dinaikkan. Laungan jihad perlu hebatkan. Nilai kekuatan syahadah itu perlu dizahirkan. Nilai seorang Mukmin perlu dinampakkan.

Agar gentar musuh-musuh Islam. Supaya ada beza antara perjuangan Haq & Batil. Sekali lagi, laungan pembakar semangat dilaungkan, diingatkan semula akan janji-janji Allah.

“Demi Tuhan yang jiwa aku di tangannya tak seorang pun yang memerangi mereka itu penuh kesabaran, perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati syahid kecuali di masukkan Allah ke dalam syurgaNya”

Kaum Muslimin semakin bersungguh-sungguh. Malaikat juga datang membantu. Serangan demi serangan diberikan. Akhirnya, benteng tentera Musyirikin Mekah semakin goyah. Semakin ramai yang parah. Semakin sedikit yang tinggal. Dan kesan dari itu, ramai yang melarikan diri. Lebih ramai yang mati.

Lantas kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin.

Allahu Akbar.

***


Kunci kemenangan?

Keimanan. Itulah kekuatan.

Bukan pada tubuh yang besar, tapi pada jiwa yang suci.

Kerana yang berani itu bukan pada otot yang besar, tapi pada hati yang berhubung dengan Tuhannya.

Keimanan juga kunci kepada pertolongan Allah.

Meskipun kita sudah merancang, meskipun kita ada kelebihan, tetapi kelebihan & pertolongan yang sebenar itu adalah dari Allah.


Badr Kita.

Kini, kita telah melepasi 15 hari pertama Ramadhan. Bagaimana? Ada perubahan? Sudah semakin dekat dengan Quran? Semakin dekat dengan Rabb Yang Menciptakan?

Sepertimana Rasul & para sahabat ada Perang Badr mereka, kita juga ada Perang Badr kita sendiri.
Jadi siapa musuhnya?

Musuhnya, diri kita sendiri. Nafsu kita sendiri.

Kali ini, pertempurannya one on one. Satu lawan satu.

Pertempuran, antara Haq & Batil dalam diri kita. Dalam hati kita.

Antara ingin melakukan perubahan dengan kebenaran, atau hanyut dengan kelalaian.

Kerana dalam Ramadhan ini, inilah Badr kita.

Supaya Ramadhan ini tidaklah hanya pada Bazaar Ramadhan. Buka puasa. Baju baru. Hari Raya. Bila Ramadhan habis, tiada apa-apa yang berbeza. Ramadhan berlalu bagai angin, tiada kesan. Tiada beza.

Ramadhan ada atau tiada, tiada beza.

Jadi inilah Badr yang harus kita tempuhi.

Perang Badr pada Rasulullah adalah sebuah peperangan penentu. Sama ada Islam menang, atau kalah. Pilihannya satu. Kerana itu Baginda sungguh-sungguh berdoa,

“Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya”

Betapa gentingnya saat itu. Betapa pentingnya perang ini.

Ia bukanlah pertarungan yang main-main.

Jadi kita juga wajib melihat peperangan Badr dalam diri kita ini, dari kaca mata Rasulullah. Pentingnya, untuk Haq ditegakkan dalam diri ini. Pentingnya untuk Islam bertapak dalam jiwa ini. Pentingnya untuk Quran menjadi panduan kehidupan ini.

Kerana insan itu, jika bukan Quran pegangannya, jika bukan Islam anutannya, maka pegangan & anutan nya adalah selain dari itu. Sumbernya selain dari wahyu Allah.

Itulah insan. Dia akan berpegang pada sesuatu. Sayangnya, sesuatu yang dia paut itu, adalah apa saja yang dia jumpa dihadapannya. Baik dari rakan-rakan, media massa, majalah-majalah hiburan dll, tanpa dia cuba nilai.





Lalu tidak hairan jika Ibadah itu sudah mula rasa kering. Sekadar ritual. Gerakan-gerakan kosong. 

Kemanisan Ibadah itu terasa asing.

Apatah lagi Ramadhan digalakkan menambah amal. Terasa janggal.


…..


Hati itu bukan pada Rabbnya.



Pertolongan malaikat

Lalu belum terlambat untuk kita berdoa kepada Allah, mohon kekuatan, keikhlasan,ketaqwaan, rasa Ihsan dalam diri.

Sepertimana Baginda berdoa pada Allah seperti dalam perang Badr. Supaya diberikan bantuan. Saat terasa berat baginya ujian peperangan itu. Saat Baginda tidak yakin akan kemenangan.

Itulah insan. Dia kadang terlupa bahawa dia hamba Dia.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Az Zumar 39:53

Jalan kembali belum tertutup. Jalan memperbaiki apa yang ada sentiasa terbuka.


Badr Mereka.

8hb Julai 2014. 10 Ramadhan 1435H. Saudara-saudara kita di Gaza diserang oleh Zionis. Roket-roket dilepaskan. Dituju kepada kawasan penempatan. Semua masyarakat awam terkorban. Bayi-bayi kecil. Kanak-kanak. Orang tua. Seluruh keluarga dilenyapkan begitu sahaja.




Itu Badr mereka. Kita?

Allah ingin mengajar kita bahawa ujian kita disini, masih terlalu kecil. Terlalu remeh jika dibandingkan dengan mereka di Gaza. Mereka di Gaza, tiada lagi isu masalah diri. Tiada isu membazir makanan. Tiada isu tak jaga pandangan. Disana,masing-masing berlumba menjadi Hafiz Quran. Mereka disana berjuang melawan musuh Allah. Kita disini hanyut dengan nafsu syahwah.

Disana mereka mahu mati syahid. Mahu menyumbang pada agama. Disini, seolah sebaliknya.

Badr kita adalah diri sendiri.

Badr mereka adalah musuh Islam.

***


Mereka telah bersiap sedia mnghadapi Badr mereka.

Jadi kita juga harus menyiapkan diri untuk menghadapi Badr kita.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi Tuan untuk dirinya, pemandu untuk nafsunya, nakhoda untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali) 
Kesimpulan

Jika dirujuk al-Baqarah 2:183, talian untuk Mukmin untuk mencapai Mutaqqun adalah melalui puasa. Dan sudah tentu ada cabaranya yang perlu kita tempuhi. Ada Badr yang perlu kita menangkan. Maka
1.       Istigfar. Jujur dengan diri.

Muhasabah, ada tak perkara yang kita boleh perelokkan sempena Ramadhan ni. Perkara untuk diperbaiki. Kerana, the changes must start from within. From yourself. People can tell you what to do,but it’s you who decide. So be honest.

Kenapa nak tolak benda baik?

Perkara apa yang masih menghalang kita untuk berubah?

2.       Kita perlu kenali nafsu diri. Put a conscious mind of every action that we do. Allah redha ke x?

3.       Selepas usaha, doa.

Rasulullah semasa Perang Badr tak henti-henti doa. Jadi kita pun patut sama.

4.       Never give up. Kadang,kita sendiri yang jatuhkan diri kita sendiri. Kerana rasa diri tak layak dsb. Siapa pernah sangka Umar al-khattab r.a akan masuk Islam? Siapa pernah sangka dia akan menjadi antara 10 sahabat dijamin syurga?

You never know your potential, until you have tried your best.

Have you ever wondered, what would happen if Umar never try his best?

“Alangkah baiknya sekiranya aku dulu membuat sekian..sekian..”

“Kembalikan aku!”

Harap ini bukan ucapan kita nanti..





Jadi mari kita ambil semangat perubahan bulan Ramadhan ini sempena Bulan Tarbiyyah.

Moga-moga kita dapat mencontohi keimanan para sahabat di perang Badr. Mencontohi pergantungan mereka pada Allah untuk menewaskan 1000 musuh. Mencontohi kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran.

Bismillah. Jalan sudah terbentang luas dihadapan. Allahu musta’an.

Jom!


*Perlukan tembakan-tembakan doa untuk Gaza. Semoga mereka dapat menghadapi Badr ini.

Saturday, July 5, 2014

Ramadhan = ayam percik, roti john. Eh?


Ramadhan = Popiah Basah, Ikan Bakar, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Murtabak Daging Makasar, Air Sirap Bandung Cincau Jumbo

Ramadhan = Boleh tunjuk jubah I yang cantik tu kat semua orang di masjid.

Ramadhan = Ha..baru best untuk akhirnya solat jemaah & pergi masjid.

Ramadhan = Yes boleh kurus. Eh.

Ramadhan = Uuu..banyaknya rancangan masak2. Boleh suruh mak masak. Eh lagi.

Ramadhan = Aduuuuuuuhhh… Ramadhan plak. Eeeeh. Hang ni kenapa?




رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش
"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja."
(Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Berpeluh.

Umum kita sudah biasa mendengar hadis ini. Namun sejauh mana kita benar2 mahu berusaha menjadikan puasa kita jauh dari tahapan puasa yang mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat periksa semula puasa kita di awal bulan ini, supaya baki2 Ramadhan yang ada ini dapat dimanfaatkan. InsyaAllah.\

Puasa.

Sudah tentu, perkara yang kita bayangkan bila disebut puasa adalah dengan tidak makan dan minum. Namun Islam mengajarkan kita puasa itu bukan sekadar tidak makan dan minum sahaja, tetapi seluruh perbuatan kita itu ada puasanya.

Dari mata, mulut, lidah, tangan kaki, bahkan hati.

Lalu dari sini kita boleh melihat tanda-tanda jika puasa kita itu sekadar mendapat lapar dan dahaga.

Yup, ada tanda-tandanya. Jeng jeng jeng…



***


Kelibat puasa yang mendapat lapar dan dahaga.

1. Ketika berbuka, seolah ada unsur balas dendam.

Saat masuk sahaja bazaar Ramadhan, kita seolah menjadi insan lain.

“Kiah yang dulu bukanlah sekarang.

Kiah yang dahulu terkenal dengan lemah lembut dan ayunya, berjalan dengan penuh gemalai ibarat menari mak yong, namun bila disebut saja bazaar, dia bukan lagi Kiah yang  housematenya kenal.  Matanya merah, lengan bajunya disinsing (ada hand sock), pantas sahaja gerakannya.. seolah ada yang merasuk. Penunggu Bazaar kata roommatenya.

Ngeri.

Jika kita sebelum ini sudah kenyang hanya dengan satu hidangan, lalu apa yang menyebabkan kita merasa dengan membeli 5 hidangan sekaligus, baru kita akan kenyang?

Balas dendam nampak.

Yang merasuk kita tu bukanlah jin atau penunggu setahun sekali, tapi nafsu diri kita sendiri.

Nafsu yang kita belai dan layan sejak 11 bulan yang lalu.

Lalu, nak tengok rupa dan perangai nafsu yang kita layan sejak 11 bulan lepas, tengok nafsu kita bulan ini.

Err…seramm.

2. Tiada pertambahan amal. Langsung.

Disebabkan baginya, makan dan minum tu suatu aspek penting dalam hidupnya, ibarat irama dan lagu, maka apabila dia tidak lagi mampu untuk makan minum seperti biasa, dia seolah tak dapat buat apa. Seolah hilang arah tuju.

Hanya bertahan... bersabar… dan tido. Ehem.

Menambah dan memperbaiki amal tu seolah alien baginya.


Baca Quran?


3 Kul boleh?

Solat tahajjud?

Oh, ada match bola tak time tu?


Solat Dhuha?

Err..dah Zohor a der…

Berhenti makan daging saudara?

Hello…I puasa k. Bukan macam cik Kiah tu, dia tu kan... Eh.

Cuba habiskan 1 juz sehari?

Jap nak update status jap.

Ehem.

Kerana petanda puasa itu adalah puasa yang ikhlas kerana Allah, maka ia akan terlihat dari amalnya.

Pasti akan terlihat dari amalnya.

Hasil harian

Sepatutnya, kesan dari berpuasa pada hari itu akan kelihatan sesudah kita berbuka.

Bermula dari azan Maghrib, sehingga azan Subuh.

Itulah hasil puasa kita hari itu.

Dan semakin lama kita berpuasa, sepatutnya semakin jelas perubahan yang berlaku.

Persoalannya, adakah mampu untuk kita menampakkan kesan perubahannya?

Adakah bulan Ramadhan ini mampu mentarbiyyah kita?

Persiapan

Meskipun kita bermula lambat untuk bersiap sedia menghadapi Ramadhan, atau kita tak sempat bersiap sedia langsung dari Rejab dan Syaaban, masih belum terlambat untuk kita bermula.


Faham. Kadang, bila kita mahu mulakan sesuatu amal, kita terasa berat kan? Salah satu sebabnya kerana 11 bulan yang lepas, itulah kita. Jadi, tetiba untuk berlari dengan amal dalam bulan ini, memang akan rasa berat.

I feel you bro.

Jadi, muhasabah diri.

Buat aim, apa kita nak capai bulan ini.

Mungkin bulan ni, kita boleh perbaiki amal kita, percakapan kita, pergaulan kita yang lebih pemalu, pemakaian kita yang lebih menutup, mata kita yang lebih menunduk. Apa saja.

Kita decide sendiri apa yang kita mahu perbaiki.

Dan jujurlah dengan diri.

Allah tahu hamba-hambaNya yang ikhlas.

Allah tahu.

Oleh itu, jadikan Ramadhan kali ini berbeza dengan Ramadhan yang lepas.

Semoga kisah kita mengenal dan mendekati Allah kali ini, menjadi pengalaman yang manis dikenang untuk Ramadhan yang akan datang.

Biiznillah.

Jom!


***


Nukilan: Zulhafifi bin Zulkifli