Tuesday, April 19, 2011

Yahudi Menuju Kehancuran

Assalamualaikum wbt.

Islam means peace..

I accidentally found this one article I wrote quite sometime ago which I thought maybe worthy of reading.

You can also download the pdf copy which I managed to retrieve from Scribd (a file hosting website) and put it up somewhere else easier to download here:

Downloading may help you keep a copy if you wish, or allow you to read it even when you are offline (when there is no internet connection).

Below is the article (I copied exactly what is in the article, word by word, to preserve the originality and appreciate my young authorship few years back which is now a refreshing memory of the past).
_______________________________________________________

PENDIRIAN KITA TENTANG SEJARAH BANI ISRAEL

Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa Al‐Quran menuntut kita melihat sejarah Bani Israel dari sudut dan kaca mata yang betul dan dibenarkan di dalam Islam. Kita tidak boleh terus menerima bahawa semua insan yang berbangsa Israel itu jahat dan zalim kerana nabi‐nabi Allah yang terdahulu adalah berbangsa Israel dan ada dalam kalangan bangsa ini yang betul‐betul beriman kepada Allah S.W.T. 

Sebab itulah Al‐Quran tidak menolak Bani Israel secara total dan kita mestilah jelas berkenaan hal ini. Sebenarnya semua orang Yahudi dipandang mulia dan agung sejak zaman Ya’qub a.s (Israel ialah nama lain baginda). Mereka pada hakikatnya adalah bangsa pilihan Allah. Namun keingkaran dan kekufuran sebahagian besar mereka telah membuatkan mereka dilaknat oleh Allah sehinggakan mendapat gelaran Yahudi untuk menggantikan nama mulia Israel sebagaimana termaktub di dalam Al‐Quran. Pandangan Al‐Quran yang berilmiah, bermetodologi dan berobjektif menuntut kita menilai Bani Israel dari sudut pandangan iman dan taqwa mereka. Seorang muslim yang beriman merupakan peribadi yang dipuji dan disanjung oleh Al‐Quran tanpa melihat warna kulit, negara asal mahupun bangsa mereka (meskipun mereka berbangsa Israel).

Oleh hal yang demikian, Al‐Quran telah membahagikan Bani Israel kepada dua golongan. Golongan pertama ialah golongan yang mukmin, soleh dan terpuji disisi Allah S.W.T. Golongan yang kedua pula ialah golongan yang kafir, zalim, ingkar, pengkhianat dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya di dalam Al‐Quran terdapat banyak ayat‐ayat yang mencela Bani Israel yang kafir, ingkar dan zalim. 

Golongan ini ialah golongan yang telah mendustakan para nabi serta kufur terhadap wahyu dan perjanjian yang telah dibawa oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al‐Baqarah ayat 87‐88 maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi pula kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul Qudus (Jibril). 

Maka patutkah, tiap‐tiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian daripada Rasul‐rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam).” (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.” 

Petikan ayat di atas dengan jelas menerangkan kepada kita akan adanya dua golongan dalam Bani Israel itu sendiri dan turut dijelaskan bahawa golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah daripada kalangan mereka amatlah sedikit bilangannya.

JANGAN UNGKAP KERAJAAN ‘ISRAEL’

Sama ada kita sedar ataupun tidak, nama Israel telah dimanipulasikan oleh golongan Yahudi laknatullah. Mereka cuba mengaitkan bangsa mereka dengan Nabi Allah Ya’qub a.s yang merupakan seorang rasul yang mulia. Perkara ini supaya kononnya Allah S.W.T akan meredhai hidup mereka sebagai kelompok manusia istimewa di muka bumi ini sebagaimana Allah telah muliakan nabi Ya’qub a.s yang digelar Israel oleh Allah azzawajalla. 

Hakikatnya, mereka tidak layak menggelar diri mereka dengan nama Israel. Kita yang bukan berbangsa Yahudi pula, terutamanya sebagai umat Islam perlu bertanggungjawab dengan tidak menggunakan nama ‘Israel’ dalam apa jua perkara yang merujuk kepada mereka. Negara Israel, kerajaan Israel, Bank Israel, tentera Israel dan sebagainya sepatutnya digantikan dengan panggilan Negara Yahudi, kerajaan Yahudi, bank Yahudi dan tentera Yahudi. Selain sebab yang telah dinyatakan di atas, Yahudi juga mempunyai sebab lain mengapa mereka menggelar diri mereka Israel. Antaranya adalah untuk meraih simpati dan mendapat sokongan individu‐individu berbangsa Yahudi yang menetap di seluruh dunia untuk berhijrah ke Palestin. Sokongan ini penting atas sebab yang berikut. Dalam pembinaan sebuah negara, rakyat adalah satu komponen yang sangat penting. Maka, Yahudi menggunakan entiti Israel yang kononnya menjulang agama dan kitab Taurat untuk mengumpulkan rakyat.

Mereka percaya penganut agama Kristian akan menyokong penubuhan negara Yahudi ini kerana mereka beriman kepada Injil dan Taurat yang menjadi kitab bagi Bani Israel sejak dahulu lagi. Maka, Yahudi mendakwa bahawa kedatangan mereka ke Palestin adalah untuk merealisasikan isi kandungan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Taurat ialah kitab Perjanjian Lama (Old Testament) manakala Injil ialah Perjanjian Baru (New Testament). Kononnya sokongan penganut agama Kristian ini terhadap entiti Yahudi di Palestin adalah tuntutan iman lantas menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya. 

May Allah be with the Paletinians.. Ameen
 Begitulah permainan Yahudi dalam memancing kerjasama penganut Kristian di seluruh dunia. Lebih malang lagi, permainan dan tipu helah itu berjaya dan kelompok Kristian Barat berlumba‐lumba menolong Yahudi. Selain faktor agama, mereka sengaja menjadikan Yahudi sebagai sekutu mereka untuk menentang Muslim dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Mengapakah Yahudi bersungguh‐sungguh mengaitkan diri mereka dengan Yahudi? Siapakah Israel sebenarnya? 

Israel ialah seorang nabi yang mulia dan dikasihi oleh Allah S.W.T. Baginda merupakan salah seorang nabi Allah dan namanya ialah Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Rujuk firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat 58. Sekali lagi, Israel adalah nabi dari golongan susur galur keluarga nabi‐nabi Allah yang mulia. Hal inilah yang menarik minat Yahudi untuk menggunakan nama Israel. Ibrahim a.s ialah ayahanda kepada para nabi. Ia ibarat sebatang pokok kepada dua dahan kenabian iaitu Israel dan Ismail. Dahan pertama, dahan kenabian Ismail ini diakhiri oleh penamat segala nabi, Nabi Muhammad S.A.W. Dahan kenabian Israel pula terdiri daripada para nabi Bani Israel iaitu Ishaq, Ya’qub (Israel) dan Yusuf a.s

Salasilah ini merupakan salasilah yang diberkati dan mulia. Bermula daripada datuk hinggalah ke cucunya, mereka adalah nabi‐nabi Allah. Nabi Bani Israel pula semuanya daripada keturunan Ya’qub (Israel) seperti Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’ Zulkifli, Zakariya, Yahya dan Isa a.s. Kenapakah dinamakan Ya’qub dengan Israel? Ya’qub dan Israel sebenarnya bukan nama Arab tetapi bahasa Ibrani. Walau bagaimanapun kita tidak ada ilmu untuk membahaskan sebab kenapa baginda diberi dua nama berkenaan. Kita tidak mengetahui apakah hikmah Allah menamakan baginda sedemikian tetapi apa yang penting memang jelas berdasarkan ayat‐ayat al‐Quran bahawa Allah memanggil baginda dengan nama Ya’qub dan Israel. Di dalam kitab Taurat yang telah diselewengkan, golongan kafir laknatullah telah mereka satu cerita yang sangat tidak masuk akal mengenai penggunaan nama Israel kepada Ya’qub. 

Ceritanya ialah, pada suatu hari, Ya’qub telah berjalan di sebatang jalan sewaktu fajar sedang menyingsing. Tiba‐tiba Tuhan telah turun ke dunia di hadapannya. Lantas mereka berbicara dan berlawan. Akhirnya Ya’qub berjaya menewaskan Tuhan. Kemudian mereka berlawan buat kali kedua dan ketiga dan Tuhan kalah kepada Ya’qub tiga kali berturut‐turut dan Ya’qub berada di atas Tuhan. Kerana takut dilihat oleh manusia akan hal itu, Tuhan merayu meminta Ya’qub melepaskannya sebelum masuk waktu Subuh. Kononnya, Tuhan takut maruahnya akan jatuh. Maka, dipendekkan cerita nama Israel yang mulia dianugerahkan kepada Ya’qub kerana berjaya mengalahkan Tuhan. Sesungguhnya satu perkara yang sangat tidak masuk akal dan kita sebagai muslim mesti menentang cerita karut marut yang tidak benar ini.

Siapakah Bani Israel? Mereka ialah anak‐anak Ya’qub a.s dan Allah S.W.T telah mengurniakan baginda 12 orang anak. Mereka ialah nabi Yusuf a.s dan adik beradiknya. 12 saudara ini tinggal di Mesir dan daripada mereka berkembangnya 12 kabilah Bani Israel. Nama dan gelaran ini kekal sehinggalah kebangkitan nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W, Allah memanggil mereka dengan nama Yahudi kerana mereka kufur dan enggan beriman dengan Muhammad S.A.W. Ringkasnya, ‘Yahud’ bukanlah perkataan Arab dan ia sebenarnya khusus untuk bangsa yang kafir dan dilaknat oleh Allah S.W.T. 

Sebab itulah perkataan al‐Yahud (Yahudi) hanya terdapat di dalam surah dan ayat yang telah diturunkan di Madinah sahaja dan bukannya yang diturunkan di Mekah. Malah, dalam ayat‐ayat berkenaan pula, nama Yahudi merujuk kepada ungkapan kejian dan murka Allah, bukannya pujian. Peralihan dari penggunaan Israel kepada nama al‐Yahud ini merupakan satu kaedah gaya bahasa al‐Quran yang merupakan satu pendekatan membezakan dua nama, Yahudi dan Israel. Sebenarnya apabila Al‐Quran mencabut dan membatalkan daripada mereka nama Bani Israel, Allah ingin merentap daripada mereka perwarisan daripada Ibrahim a.s dan Israel (Ya’qub) a.s. Meskipun mereka daripada keturunan Israel, mereka tidak layak mewarisi keturunan Bani Israel kerana mereka tidak beriman dengan agama Ya’qub a.s. Kesimpulannya, Yahudi bukanlah Israel dan begitulah juga sebaliknya.

Sebagai penutup, kita hendaklah percaya bahawa segala yang terkandung di dalam Al‐Quran adalah benar dan sahih serta menjadi petunjuk dan panduan kepada seluruh umat Islam sehinggalah ke hari Kebangkitan, hari Kiamat kelak. Kita mesti sama‐sama berjuang dan hidup berpandukan Al‐Quran dan Al‐hadis.

Jangan kita takut akan musuh kita Yahudi mahupun sesiapa sahaja kerana masa depan adalah milik umat Islam maka kita mesti memasukkan diri kita dalam kumpulan yang berjihad kepada Allah walaupun jihad itu dalam apa jua bentuk sekalipun. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 112 yang bermaksud: “Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”

Demikian ialah janji Allah bahawa kemenangan itu milik kita dan ia pasti tiba. Justeru, marilah sama‐sama kita berjuang demi merealisasikan tuntutan dan janji Allah ini, Insya Allah. Semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama kita para mukmin yang berjuang. Takbir!!

Sekian.. :)
__________________________

Regards,
Ibnu Hanaffi

P/S: Download this humble artwork of mine below and share it with your friends ;-) And also more freebies here.

Download here (jpg)

0 comments:

Post a Comment