Malaysia a Christian Nation?

What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?

Fiqh Medic

What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)

Men VS Women

Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?

Are You Ready to Fall in Love??

What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?

Does God need us?

Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?

Thursday, November 29, 2012

Berjuang Dalam Kekurangan


Benih cita-cita itu telah tersemai, bersama seribu pengharapan untuk menggapainya. Kaki pula melangkah setapak demi setapak, agar mampu untuk berpijak kukuh di pengakhirannya. Namun, hidup tidak sebiasa itu , mengejar matlamat tidak semudah seperti yang didongengkan dalam cerita Jack dan Kacang Ajaibnya. Benih kacang Jack mampu untuk bercambah dalam satu malam sehinggakan pada keesokan harinya dia mampu untuk menjangkau awan. Tapi benih kacang kita bagaimana? Secara hakikatnya, ia jauh lebih teruji malah super-duper jalan kita penuh dengan liku.

            Keyakinan untuk mencapai cita-cita kian menurun sedikit demi sedikit. Memikirkan banyak perkara mesti dibereskan. Terperangkap dalam pembacaan nota yang perlu diulang pada tahap seratus kali, assignment yang memenuhkan meja pada level kritikalnya, presentation yang perlu disiapkan bagai sepantas bullet train. Peluh mula terpercik di dahi. Ah.. mampukah aku berjuang? IQ pula hanya ditingkat biasa kalau ingin dibandingkan dengan mereka yang mempunyai IQ 200. Yang paling tepat lagi ialah “Mampukah aku berjuang dalam kekurangan?”.

            Sepantas kilat itu, hormon adrenalin mula keluar daripada tempat persembunyiannya menuju ke dalam aliran darah. Bersedia dengan perisai dan pedang untuk melawan musuh-musuh yang menceroboh sejurus memberi arahan kepada jantung untuk terus bekerja dengan kuatnya. Bacaan tekanan darah menunjukkan ia ditahap kritikal! Allah. STRESS!!

            Begitulah situasinya yang menghimpit kita, tapi itu adalah perkara biasa dalam perjuangan. Apakah ia dinamakan perjuangan kalau bukan perlu bersusah payah? Bahkan memang Allah menciptakan manusia dalam keadaan susah-payah.

“ Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam perjuangan susah payah.”

(Terjemahan Al-balad;90:4)

            Secara hakikatnya, kita terus-terusan berjuang. Dari sperm bertemu ovum, dari merangkak hingga berlari, dari belajar ABC hingga mengenal kompleksnya huruf. Semuanya memerlukan perjuangan yang susah. Jika tidak ada perjuangan, maka itu tidak dinamakan kehidupan. Kerana dari segi teorinya,

HIDUP = BERJUANG

Sehinggakan bijih benih yang kita semai juga memerlukan perjuangan. Biji durian contohnya, ia juga perlu berusaha dengan kuatnya, membelah tanah yang gersang. Bagaimanakah ia mampu tumbuh kalau bukan dengan berjuang? Apatah lagi dengan perjuangan mengejar cita-cita yang kita impikan. Sedar tak sedar, sebenarnya sekarang kita sedang membelah tanah untuk mematangkan cita-cita kita. Bukankah begitu?

            Jom, kita berbalik pada zaman ke 2 Hijrah. Ketika mana tercetusnya peperangan Badar Al-Kubra. Melihat mereka yang hanya 313 orang yang serba kekurangan dan dengan hanya 2 ekor kuda jika ingin dibandingkan dengan musyrikin yang mempunyai 100 ekor kuda. Ya. Mereka juga berjuang dalam kekurangan. Adakah mampu untuk melawan tentera musyrik yang jumlahnya berlipat kali ganda? Secara logiknya. TIDAK. Tetapi mereka tidak berundur malah terus mara dengan satu keyakinan mencengkam yang sentiasa berkobar-kobar. Memulakan langkah dalam perjuangan. Sehinggakan Allah menghadiahkan mereka pertolongan para malaikat yang berbondong-bondong ramainya.

“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
(Terjemahan Al-anfal;8:9)

            Tidak mustahil bagi Allah untuk menurunkan kepada kita malaikat-malaikat seperti mana di Badar. Yang penting, tetaplah berjuang dan bekerja keras walaupun sehingga terpaksa berputih mata, kerana pengakhirannya adalah bukan sahaja kemenangan tetapi yang paling penting adalah redha Tuhan.

 “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju tuhanMu, maka kamu akan menemuiNya.”
(Terjemahan Al-insyiqaq;84:76)

Subhanallah.. mudah-mudahan..

Demi satu kejayaan perlu pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

(Seiring sehaluan-UNIC)




Berjuanglah meskipun dalam kekurangan, kerana itulah yang memberi makna dalam kehidupan.

Wallahualam.

Editor: Wahida Amalin binti Ab Razak
Biro Akademik dan Tarbiah 2012/2013

Thursday, November 22, 2012

Kucing


*Meooww2* ~~~

Ya, kucing... Tajuk yg begitu cliché sekali, don’t u think? ;)
Oppss, tunggu dulu! Ini bukan penulisan cikai ala2 penyapu cap Ayam di kedai RM2 mahupun basikal bujang lapok tunggangan Pok Mat di kampong saya. Ini adalah satu discovery yg mapan lagi menggegarkan! Nak tau? Teruskan membaca!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg memberi saya peluang untuk mengutarakan buah fikiran, mencerna ilmu dan kefahaman di dada saya dan InsyaAllah, di dada saudara-saudari sekalian. Sejujurnya artikel ini adalah the first among equals, dan berpaksikan rujukan dari sumber yang dipercayai, insyaAllah.
Nabi SAW menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Pengajaran/Ibrah dari kisah kucing:

Rasulullah SAW amat menghormati dan menyayangi haiwan kita anggap ordinary nie. Bahkan berkongsi makanan pun dgn kucing. Manusia sebagai khalifatullah harus menjaga hubungan dengan alam semulajadi termasuk haiwan yg melata di muka bumi, kerana hakikatnya- setiap dari jenis haiwan2 ini bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Wallahualam~

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”  [Al-Hadid, 1]

Ps: Penulis suka main dengan kucing especially time study di rumah. Penawar kebosanan yang mapan!  


Sumber: http://hasnulhadiahmad.com/

Editor: Mohd Amirul Arif bin Yaakub
Biro Akademik dan Tarbiah 2012/2013