Malaysia a Christian Nation?

What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?

Fiqh Medic

What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)

Men VS Women

Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?

Are You Ready to Fall in Love??

What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?

Does God need us?

Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?

Saturday, December 29, 2012

Teka-Teki Dalam Al-Quran



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Apa khabar semua?

2. Insya Allah, dengan nikmat kesihatan yang ada, ucapkanlah Alhamdulillah.

3. Kali ini saya akan berkongsi satu kisah teka-teki istimewa yang diambil daripada Al-Quran.

4. Perkongsian ini berdasarkan video Ustaz Nouman Ali Khan di laman berikut: Two Riddles

5. Teka-teki ini terdapat dalam Surah Al-Kahf, satu surah yang digalakkan oleh Nabi SAW untuk dibaca pada setiap hari Jumaat, hari kebesaran kita umat Islam.

6. Ia berkenaan kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidr (yang Allah SWT sebut sebagai seorang hamba dalam kalangan hamba-hamba-Nya).

7. Untuk memahami latar belakang kisah mereka, boleh rujuk ayat 65-78 dalam Surah Al-Kahf.

8. Pun begitu, izinkan saya menceritakan secara ringkas latar belakang cerita ini.

9. Setelah mendapatkan keizinan, Nabi Musa mengikuti Nabi Khidr untuk mempelajari ilmu dan petunjuk daripadanya.

10. Namun ia bersyarat. Nabi Musa AS tak dibenarkan bertanya apa-apa pun soalan sehinggalah Nabi Khidr sendiri yang menerangkan tentangnya.

11. Namun, Nabi Musa tak mampu bersabar dan setelah kali ketiga dia bertanya soalan tentang tindak-tanduk Nabi Khidr, Nabi Khidr pun menerangkan tentang tindakannya dan mereka pun berpisah di situ.

12. Tiga perkara inilah yang menjadi teka-teki yang kita akan bincangkan hari ini.

13. Menariknya, bukan hanya soalannya yang menjadi teka-teki. Bahkan jawapan dan penerangan Nabi Khidr pun ada teka-teki yang cukup menarik untuk dibongkar bersama-sama!

14. Pertama: Nabi Khidr telah membuat lubang diperahu yang mereka naiki. Tanya Nabi Musa AS, adakah engkau berniat menenggelamkan penumpangnya?


15. Kedua: Lalu mereka terus berjalan sehingga mereka berjumpa dengan seorang anak muda dan Nabi Khidr membunuh anak muda itu. Tanya Nabi Musa AS, mengapa engkau membunuh jiwa yang bersih, dan bukan kerana dia (anak muda) membunuh orang lain?

16. Ketiga: Mereka terus berjalan sehingga sampai ke satu negeri, dan melihat dinding sebuah rumah yang hampir roboh, lalu Nabi Khidr menegakkannya semula. Lantas berkata Nabi Musa AS, kalau kamu mahu, kamu boleh minta imbalan (upah) dari apa yang kamu kerjakan itu.

17. Itulah kali ketiga Nabi Musa AS tak mampu bersabar, maka akhirnya mendapat penjelasan teka-teki yang bermain di fikirannya namun terpaksa berpisah dengan Nabi Khidr.

18. Saya akan nyatakan di sini ketiga-tiga jawapan kepada teka-teki ini yang sebenarnya sudah terdapat dalam Al-Quran yakni dari ayat 79-82.

19. Cuma, yang mungkin kita tak sedari, dalam jawapan kepada teka-teki itu pun ada teka-teki!

20. Mari kita bongkar bersama-sama kecantikan Al-Quran di sini.

21. Sebelum itu, kita sedia maklum bahawa Nabi Khidr diberi ilmu oleh Allah SWT yang tak diketahui oleh Nabi Musa AS sendiri, sebab itu tindakan Nabi Khidr dipersoalkan oleh Nabi Musa AS, kerana pada pandangan mata kasar dan pengetahuan Nabi Musa AS, tindakan itu tak wajar.

22. Kita juga harus memahami perkara ini dan muhasabah diri sendiri. Ada perkara di dunia ini yang pada mata kasar atau pengetahuan cetek kita, kita fikir baik, rupanya tidak baik. Demikianlah juga sebaliknya. Ada yang kita fikir tak baik, rupanya bermanfaat untuk kita.

23. Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Boleh rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 216.

24. Baik, dalam penerangan terhadap ketiga-tiga tindakannya Nabi Khidr menggunakan KATA GANTI NAMA yang berbeza-beza! Biar saya terangkan.

25. Inilah teka-teki yang cukup unik.

26. Dalam situasi pertama, apabila perahu yang dinaiki dilubangi Nabi Khidr, kata Nabi Khidr, Aku yang berkehendakkan untuk melubanginya. Kata ganti nama yang digunakan ialah Aku.

..aku berkehendakkan...

27. Sila rujuk ayat 79. Dijelaskan oleh Nabi Khidr bahawa tujuan tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan perahu itu daripada dirampas oleh seorang raja (jika digunakan).

28. Dalam situasi kedua pula, Nabi Khidr menggunakan perkataan Kami berkehendak membunuh anak muda tadi.

....Kami berkehendakkan...

29. Kenapa? Kerana anak muda ini kafir dan dikhuatiri bahawa dia akan memaksa kedua orang tuanya ke arah kesesatan dan kekafiran juga. Malah disebut bahawa Allah SWT akan menggantikan dengan seorang anak yang lebih baik kesuciannya dan kasih sayang kepada orang tuanya.

30. Sila rujuk ayat 80 dan 81.

31. Akhir sekali dalam situasi ketiga, kata ganti nama yang digunakan ialah Tuhanmu yang berkehendakkan yang demikian. Dengan kata lain, tindakan menegakkan semula dinding yang roboh itu dinisbahkan kepada kehendak Allah SWT.

....Tuhanmu menghendaki...

32. Sila rujuk ayat 82 untuk kalimah tersebut.

33. Dinding rumah yang ditegakkan semula itu adalah milik dua orang anak yatim yang tersimpan bagi mereka harta. Ayah mereka insan yang soleh, dan ketika mereka dewasa kelak, mereka boleh mengeluarkan simpanan harta mereka yang terselamat itu.

34. Kenapa Nabi Khidr tak sebut 'Aku menghendaki untuk melakukan sekian-sekian' dalam ketiga-tiga situasi di atas? Kenapa perlu bertukar-tukar kata ganti nama?

35. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu faham bahawa terdapat dua bentuk realiti di dunia ini yakni internal reality dan external reality.

36. Hakikatnya, semua internal reality  itu baik belaka kerana semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT. Sama keadaannya seperti ketiga-tiga situasi di atas. Ada hikmah yang baik (internal reality) di sebalik apa yang berlaku.

37. Pun begitu, ada perkara yang pada external reality yakni pada pandangan mata kasar dan pengetahuan cetek kita yang kita tak mampu nilai sama ada sesuatu perkara itu benar-benar baik atau tidak.

38. Mari kita nilai semula cerita di atas. Dalam situasi pertama, membocorkan perahu pada pandangan external reality  adalah satu perkara yang buruk. Sebab itu Nabi Khidr menggunakan perkataan Aku, supaya perkara buruk itu disandarkan pada dirinya sendiri!

39. Dalam situasi dua pula, Nabi Khidr menggunakan Kami, kerana ada dua external reality di sini, satu buruk dan satu lagi baik. Pertama, membunuh anak muda. Kedua, anak yang lebih baik akan diberikan kepada orang tua tadi. Maka perkataan 'Kami' digunakan merujuk kepada Nabi Khidr dan Allah SWT.

40. Keburukan membunuh itu disandarkan pada Nabi Khidr, manakala pemberian anak yang lebih baik pula disandarkan kepada kehendak Allah SWT!

41. Akhir sekali, dalam situasi ketiga, menegakkan dinding rumah yang hampir roboh, pada external reality langsung tiada apa-apa yang buruk padanya. Sebab itu Nabi Khidr terus menisbahkan tindakan itu kepada kehendak Allah SWT!

42. Subhanallah!

43. Demikianlah cukup cantik teka-teki dalam Al-Quran.

44. Maka, sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh berkat hari ini, marilah sama-sama kita menghargai nikmat mukjizat Al-Quran dengan membaca dan memahaminya.

45. Sunnah Nabi SAW membaca Surah Al-Kahf sebagaimana hadis dalam gambar rajah berikut:

46. Semoga bermanfaat dan sama-sama kita hayati dan kongsikan!



47. Mohon doakan kebahagiaan saya dan keluarga di dunia dan akhirat. Ameen ya Rabbal 'alamin.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

Ibnu Hanaffi
Bekas pelajar IMU

Monday, December 10, 2012

Saya cinta kamu!!



Apabila diwahyukan kepada Musa, “Pergilah engkau kepada Firaun! Sesungguhnya dia sungguh melampau!” Musa tergamam seketika. Menitis keringatnya membasahi muka. Tanpa ragu-ragu, Musa terus merayu kepada Allah. “Ya Rabb! Aku khuatir dengan seruanMu ini. Mana mungkin aku mampu melakukannya dengan kelemahanku ini. Aku gagap bila berkata-kata apatah lagi berhadapan dengan kehebatan Firaun yang dikagumi seantero Mesir ini. “Izhab ila firauna innahuu to’ghoo”. Sekali lagi seruan ini memasuki ruang hati Musa. “Ya Rabb, daku ini sungguh hina dengan dosaku membunuh manusia yang tidak bersalah pada suatu ketika dahulu.” Tangis manusia ini. Musa dengan penuh rasa rendah dirinya menadah tangan ke langit memohon kepada Sang Pencipta dan menantikan sesuatu yang menenangkan jiwanya seperti mana peristiwa tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar dengan izinNya.

Lalu, bergemalah satu suara, “Pergilah engkau bersama saudaramu, Harun membawa kebenaranKu. Berbicaralah kamu berdua kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah lembut, moga-moga Firaun sedar dan takut.” Doa Musa diperkenankan oleh Allah dan dimanifestasikan di dalam kitab umat Muhammad s.a.w, Al-Quran, Surah Toha (Surah yg ke-20). Terus, Musa dan Harun menyampaikan kebenaranNya tanpa ragu-ragu dengan penuh tekun dan gigih, dipenuhi dengan ancaman dari anasir Firaun hinggakan nyawa mereka berdua terancam di persisiran Laut Merah.

Inilah sorotan kisah 2 manusia agung yang dihiasi dengan makna persahabatan Ilahi. Jika Musa (a.s) berada bersama-sama dengan kita, pasti Nabi Musa mampu menceritakan pengalaman saat-saat indah dan manis bersahabat dengan Nabi Harun (a.s) dalam mencari redha Allah. Hikmah kisah ini sudah terpancar cahayanya jika kita cuba sedaya upaya memahami makna cinta persahabatan hakiki di dalam surah tersebut. Realitinya, tidak mungkin kita mampu hidup keseorangan. Nabi Musa sendiri mengakuinya dan memerlukan Harun untuk melaksanakan tugas dakwahnya. Definisi “hidup keseorangan” itu ialah DERITA!! Pasti setiap dari kita mempunyai seorang atau lebih sahabat karib dalam perjuangan kita dan menemani setiap ceritera suka dan duka tanpa mengira waktu dan tempat.  Dengan adanya sahabat karib, kita gembira, bergelak ketawa, marah, kecewa, sedih, gundah gulana dan pelbagai warna perasaan yang dapat kita rasakan. Ah, manisnya bersahabat!

 Kalau dilihat makna persahabatan dalam ideologi Kapitalisme, mereka kejam! Bersahabat untuk mendapatkan keuntungan duniawi dari manusia itu dan mengambil peluang ke atasnya sebelum dia mengambil peluang terhadap kita. Makhluk manusia ini sungguh khianat dalam memberi definisi persahabatan!! Maka, jelaslah bahawa hanya Rabbul Izzah sahaja yang mampu mendefinisikan dengan sempurna. Persahabatan hakiki. Persahabatan yang membawa  insan-insan yang berukhwah keranaNya  berpegang tangan gah menuju ke syurga Allah yang abadi. Bukankah itu “sweet”? Adakah ada perkara lain yang se”sweet” ini? Allahu Allah.

“...ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu, kamu berada di tepi jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana....” (3:103)

Persahabatan yang diredhai oleh Allah terjalin hanya dengan ikatan iman yang kukuh disertai dengan amal yang ikhlas keranaNya dan langsung tidak sekelumit pun dibezakan dengan pertalian darah dan bangsa. Mereka saling tolong menolong untuk mendekatkan diri mereka ke kebun-kebun Syurga dan nasihat-menasihati di kala antara mereka mendekatkan diri ke lautan api neraka. Itulah makna persahabatan yang diredhai Allah seperti mana yang pernah dirasai oleh Musa dan Harun. Tak lupa kepada Abdullah Ibn Maktum dan Mus’ab bin Umair yang berukhwah kerana dakwah islami yang kita rasai di saat ini. Sesungguhnya, sahabat kita merupakan aset dunia dan akhirat. Mereka juga antara faktor penyebab kita terus menerus merasai nikmat syurga tanpa dihisab atau punca kita terus menerus merasai azab api neraka yang pedih tanpa ragu-ragu oleh Allah! Nauzubillah!! Allah s.w.t menggambarkan keadaan itu di dalam Surah Al-Anfal, ayat 38:

“....Setiap kali suatu umat masuk, DIA MELAKNAT SAUDARANYA, sehingga apabila mereka telah masuk kesemuanya, berkatalah orang yang masuk belakangan kepada orang yang masuk terlebih dahulu, “Ya tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami. Datangkanlah seksaan api neraka yang berlipat ganda kepada mereka”....” (7:38)

Kawan. Sahabat. Teman.

            Terasa kesat-kesat mata dan berair sedikit. Sahabat! Kenapa kamu bersikap begitu bila di hadapan Allah? Kenapa kamu tidak berterus terang kepada ku ketika kita bersama? Bukankah kamu sudah berjanji kita akan bersahabat sehidup dan semati? Allah, tangisan ketika itu tidak lagi berguna. Benarlah bahawa sahabat itu aset penting untuk dunia dan akhirat. Bawalah sahabat bersama-sama dengan diri kita ke arah ketakwaan dan keimanan. Hanya dengan itu sahaja cara membawa 2 manusia yang bergelar sahabat menuju syurga Allah. Seperti Musa dan Harun. Kasih sayang dan tulus ikhlas yang dikongsikan bersama pasti tidak akan sia-sia kerana apabila keimanan dan ketaqwaan menjadi tunjang asas persahabatan tersebut, maka tidak ada lagi ragu-ragu bagi mereka mengejar kegembiraan yang abadi di dunia dan akhirat. Diakhiri penulisan ini dengan 2 dalil mengukuhkan makna persahabatan Ilahi.    
Sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

Ditambah lagi dengan kata-kata Rasulullah Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Malu untuk ku katakan kepada kamu. Saya cinta kamu kerana Allah, sahabat! Sudikah kamu menjadi sahabat seperti Harun? J



Email penulis:  filhaqiqatulislah@gmail.com

Friday, December 7, 2012

Update - The Value of Youth: Priceless




Our new poster.


Updates on program details.


Saturday, December 1, 2012

A Different Side of the Obvious

Picture by deviantart.


The situation with Gaza came out a few weeks ago, and then suddenly it was the main highlight of the media. A stream of Palestine related statuses and people changing their profile pictures kept appearing on my news feed. In twitter kingdom  hash tags of Gaza was trending suddenly with a surge of retweets of official news, or NGO activity be it well known bodies, or anonymous. This happened not too long ago with the ‘Remembrance of Nakbah’, when everybody in Facebook changed their display picture to blindfolded men or women. There is a sigh of relief, that there are actually people who still care, and wanted to be a part of the fight for the right cause. I cannot deny that slight feeling of security, holding to the fact that there is still hope in humanity.

Little did we know that with the rise of this singular issue, many smaller issues came to track as well. One main example was the spread of chained messages, now not only spread through texts but reaching as far as via instagrammed pictures too. And then came the posters of every single brand to boycott and demise. McDonalds suffered the most, I presume, having to give away free burgers to win the wallets of their customers back. In the midst of all these happenings, one interesting incident I got to see was when a non-muslim questioned the actions of muslims in the sense that we are only supporting this cause as it has something to do with our religion, and our brothers and sisters.

More or less, the question was; “if it were people of other beliefs and religion as yours, would you have acted in the same manner? Because out there, a million more people are suffering, and their plight never heard.”

That one question got me thinking. It got me thinking deep. And it brought up dozens of different questions in my head.

‘Is this how they (non-muslims) see it as? a fight of religion? of who is right and who is wrong?’

… ‘And if it was so, what have we portrayed and what message did they get?’

‘Are there really, a million other humans suffering and unheard of world problems out there that I don’t know of?’

… ‘Was I just that ignorant that I never even knew?’

Believe me, loads more questions begin to clog my mind. Tortuous as it may seem, the thoughts and questions do have some truth in it. And only one singular quote came up to my mind; -- ‘Our duty is to convey, not to convince’.

Also the hadith narrated by Bukhari – ‘Deliver from me even one sentence’, which relates on the importance of spreading the truth. Deliver, which means conveying and sharing not conquering.

There is a deeper meaning to this; basically saying that da’wah is to share, to call upon goodness and not fight or be hasty. Because Islam is a beautiful religion that propagates on peace, love, forgiveness, and never ever promotes violence. The word Islam itself derived from an Arabic root word translates to safety, peace, calmness, and submission to the Sole Creator.

Coming back to the points above, probably the non-Muslims were not aware of this issue being a humanitarian crisis, or probably perhaps, the way we portrayed the cause and how we spread it was not thorough, or lopsided. In the Quran itself, there is a verse that goes;



Probably these are one of the details we tend to oversee. No one is to blame here, for the faults mainly just lie on different peoples’ varying perception. However, we have to note that, living in a world of people of all kinds, we should be sensitive and flexible, in the best way possible. There is this saying that, different people bring out the different side of you. I guess this fairly applies in this situation too. Looking on the positive aspect, maybe, having facing different people and situations like this brings out a better side in us we never knew. And maybe, having questioned with such rhetorical statements leads us to learn deeper about our own religion, and InsyaAllah guide us in becoming better servants of His. InsyaAllah!

An extension from this situation also, I realized that truly, together, we are stronger. The word ‘ummah’ is just too beautiful to be translated directly to English. The power of mass media, twitter, Facebook and all were adamant in spreading the message. But what was that one factor that ignited the spark – one so strong that other people finally began to see a glimpse of the truth and, people of other beliefs also support freedom of Palestine?

Numbers do count in this matter. But the power, I believe, actually lies in the strength of our bond. People from all walks of life, no matter what colour, culture or race, with differing interests and preferences, all unite together, holding one true faith to Allah, our sole creator. Statistically we might not win, but our belief, faith, and the miracle of our religion has proved that we are indeed strong. We together form one strong unit, of which, when one side bleeds, the others will similarly feel the pain. So actually, one small deed goes a long way. And our small efforts in spreading the truth any way possible has probably bear its fruit. Together, collectively, we can make a difference, in unison.

To sum up everything above, out of this whole situation I have learnt two important lessons. Firstly, everything we do reflects our belief and faith and people will judge us based on that. Therefore, we need to reflect on ourselves from time to time and be reminded that we, as a believer and as Muslims have a big responsibility on portraying Islam to the world.

Secondly, I realized that collectively, one small deed can really leave an impact .Individually we could perhaps make a change, but if we unite, together we can actually make a difference.

Editor: Fathin Nabilah binti Abdul Rashid
Multimedia and Publicity Bureau 2012/ 2013
Muslim Society (MSOC) 
International Medical University (IMU) Bukit Jalil.