Ramadhan = Popiah Basah, Ikan Bakar, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Murtabak Daging Makasar, Air Sirap Bandung Cincau Jumbo
Ramadhan = Boleh tunjuk jubah I yang cantik tu kat semua orang di masjid.
Ramadhan = Ha..baru best untuk akhirnya solat jemaah & pergi masjid.
Ramadhan = Yes boleh kurus. Eh.
Ramadhan = Uuu..banyaknya rancangan masak2. Boleh suruh mak masak. Eh lagi.
Ramadhan = Aduuuuuuuhhh… Ramadhan plak. Eeeeh. Hang ni kenapa?
رُبَّ صَائِÙ…ٍ ØَظُّÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ صِÙŠَامِÙ‡ِ الْجُÙˆْعُ ÙˆَالْعَØ·َØ´
"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja."
(Hr Ibnu Majah - hasan sahih)
Berpeluh.
Umum kita sudah biasa mendengar hadis ini. Namun sejauh mana kita benar2 mahu berusaha menjadikan puasa kita jauh dari tahapan puasa yang mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat periksa semula puasa kita di awal bulan ini, supaya baki2 Ramadhan yang ada ini dapat dimanfaatkan. InsyaAllah.\
Puasa.
Sudah tentu, perkara yang kita bayangkan bila disebut puasa adalah dengan tidak makan dan minum. Namun Islam mengajarkan kita puasa itu bukan sekadar tidak makan dan minum sahaja, tetapi seluruh perbuatan kita itu ada puasanya.
Dari mata, mulut, lidah, tangan kaki, bahkan hati.
Lalu dari sini kita boleh melihat tanda-tanda jika puasa kita itu sekadar mendapat lapar dan dahaga.
Yup, ada tanda-tandanya. Jeng jeng jeng…
***
Kelibat puasa yang mendapat lapar dan dahaga.
1. Ketika berbuka, seolah ada unsur balas dendam.
Saat masuk sahaja bazaar Ramadhan, kita seolah menjadi insan lain.
“Kiah yang dulu bukanlah sekarang.
Kiah yang dahulu terkenal dengan lemah lembut dan ayunya, berjalan dengan penuh gemalai ibarat menari mak yong, namun bila disebut saja bazaar, dia bukan lagi Kiah yang housematenya kenal. Matanya merah, lengan bajunya disinsing (ada hand sock), pantas sahaja gerakannya.. seolah ada yang merasuk. Penunggu Bazaar kata roommatenya.
Ngeri.
Jika kita sebelum ini sudah kenyang hanya dengan satu hidangan, lalu apa yang menyebabkan kita merasa dengan membeli 5 hidangan sekaligus, baru kita akan kenyang?
Balas dendam nampak.
Yang merasuk kita tu bukanlah jin atau penunggu setahun sekali, tapi nafsu diri kita sendiri.
Nafsu yang kita belai dan layan sejak 11 bulan yang lalu.
Lalu, nak tengok rupa dan perangai nafsu yang kita layan sejak 11 bulan lepas, tengok nafsu kita bulan ini.
Err…seramm.
2. Tiada pertambahan amal. Langsung.
Disebabkan baginya, makan dan minum tu suatu aspek penting dalam hidupnya, ibarat irama dan lagu, maka apabila dia tidak lagi mampu untuk makan minum seperti biasa, dia seolah tak dapat buat apa. Seolah hilang arah tuju.
Hanya bertahan... bersabar… dan tido. Ehem.
Menambah dan memperbaiki amal tu seolah alien baginya.
Baca Quran?
3 Kul boleh?
Solat tahajjud?
Oh, ada match bola tak time tu?
Solat Dhuha?
Err..dah Zohor a der…
Berhenti makan daging saudara?
Hello…I puasa k. Bukan macam cik Kiah tu, dia tu kan... Eh.
Cuba habiskan 1 juz sehari?
Jap nak update status jap.
Ehem.
Kerana petanda puasa itu adalah puasa yang ikhlas kerana Allah, maka ia akan terlihat dari amalnya.
Pasti akan terlihat dari amalnya.
Hasil harian
Sepatutnya, kesan dari berpuasa pada hari itu akan kelihatan sesudah kita berbuka.
Bermula dari azan Maghrib, sehingga azan Subuh.
Itulah hasil puasa kita hari itu.
Dan semakin lama kita berpuasa, sepatutnya semakin jelas perubahan yang berlaku.
Persoalannya, adakah mampu untuk kita menampakkan kesan perubahannya?
Adakah bulan Ramadhan ini mampu mentarbiyyah kita?
Persiapan
Meskipun kita bermula lambat untuk bersiap sedia menghadapi Ramadhan, atau kita tak sempat bersiap sedia langsung dari Rejab dan Syaaban, masih belum terlambat untuk kita bermula.
Faham. Kadang, bila kita mahu mulakan sesuatu amal, kita terasa berat kan? Salah satu sebabnya kerana 11 bulan yang lepas, itulah kita. Jadi, tetiba untuk berlari dengan amal dalam bulan ini, memang akan rasa berat.
I feel you bro.
Jadi, muhasabah diri.
Buat aim, apa kita nak capai bulan ini.
Mungkin bulan ni, kita boleh perbaiki amal kita, percakapan kita, pergaulan kita yang lebih pemalu, pemakaian kita yang lebih menutup, mata kita yang lebih menunduk. Apa saja.
Kita decide sendiri apa yang kita mahu perbaiki.
Dan jujurlah dengan diri.
Allah tahu hamba-hambaNya yang ikhlas.
Allah tahu.
Oleh itu, jadikan Ramadhan kali ini berbeza dengan Ramadhan yang lepas.
Semoga kisah kita mengenal dan mendekati Allah kali ini, menjadi pengalaman yang manis dikenang untuk Ramadhan yang akan datang.
Biiznillah.
Jom!
***
Nukilan: Zulhafifi bin Zulkifli
0 comments:
Post a Comment