mcθ: Makna Cinta Kita










Satu program penyampaian ilmu yg mengupas perspektif cinta dari kaca mata Islam. Cinta - satu misteri dan juga satu kurniaan yang tak terperi hebatnya dari yang Maha Memiliki.


Mari kita rungkaikan makna sebenar cinta bersama Ustazah Fatimah Syarha Haji Mohd Noordin, pendakwah dan novelist terkemuka tanah air. 


************************************************
Profil Speaker


FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA) dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Lulusan ‘Master’ UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh ini berpengalaman menjadi Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, dan Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM. Beliau turut bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak disamping menjadi Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim, editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. . Beliau juga berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Kini, beliau dalam proses menyambung pengajian di peringkat Ph.D. 

Antara karya-karya beliau yang popular termasuklah Tautan Hati, Sebarkan Cinta-Mu dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Beliau juga aktif menulis sebagai kolumnis majalah Solusis dan Haluan. Pemenang Novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006 ini kini aktif dalam dalam pelbagai kegiatan dakwah dan ceramah-ceramah motivasi di seluruh Malaysia. 



************************************************
Tentatif Program

8.30am – 9.00am    : Pendaftaran peserta
                              Ketibaan Speaker dan VIP
9.00am – 9.15am    : Upacara pembukaan majlis
                              Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
                              Bacaan doa
                              Ucapan oleh Presiden IMU Muslim Society (MSOC)
                              Pengenalan speaker
9.15am - 11.15am   : Ceramah 
                               Sesi 1 - Apa itu Cinta? Skop Cinta? Cinta Islami itu Bagaimana?
                               Sesi 2 - Pencemaran Cinta- Bagaimana Menanganinya?
11.15am -11.45am   : Jamuan ringan dan jualan
11.45am – 12.45pm  : Ceramah bersambung
                               Sesi 3 - Manual Bercinta Hingga ke Syurga
12.45pm                 : Sesi soal jawab bersama speaker
                               Majlis penutup
                               Bacaan doa penutup majlis
                               Sesi bergambar dan autograf



************************************************
Bagaimana untuk Mendaftar

Pelajar IMU
Pendaftaran dan bayaran yuran penyertaan perlu dibuat melalui batch representative program masing-masing. 

Peserta dari Luar IMU
Pendaftaran adalah melalui e-mel. Sila sertakan nama dan universiti/ institusi/ agensi.
Sekiranya universiti anda telah ada wakil yang dilantik, pendaftaran boleh dibuat melalui wakil tersebut.

Yuran Penyertaan
Bayaran sebanyak RM5 setiap orang perlu dibuat melalui bank transfer atau bank deposit. Sila sertakan salinan scan/photograph slip transaksi sebagai bukti bayaran bersama e-mel pendaftaran. 

BSN Account Number
14171-29-00003716-1
SITI NADIAH ‘ATIQAH BINTI OTHMAN

E-mel: maknacintakita@gmail.com 
E-mel akan dihantar untuk mengesahkan pendaftaran anda. 

Tempoh pendaftaran: 21 Mac hingga 18 April 2012



************************************************
Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 
012-9287791 (Mohd Amirul Ariff) 
013-2301613 (Hidayah Abdullah)

Atau e-mel kan ke maknacintakita@gmail.com