Tuesday, December 14, 2010

Exam Fever

Assalamualaikum  warahmatullahi wabarokatuh! =)

Salam sejahtera kawan-kawan. Salam 1 Malaysia. 1 IMU.

Masih sempat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH diatas kejayaan kepada brothers and sisters semester 5 yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan minggu lalu. Buat yang kurang bernasib baik, juga wajar diucapkan tahniah.Kerana sekurang-kurangnya masih bersemangat untuk percubaan kali kedua. Untuk yang lain pula, mungkin pada masa ini sedang sibuk dengan urusan persediaan menghadapi peperiksaan.

Semangat pada musim peperiksaan ini macam ombak, kan? Kadang kala naik setinggi KLCC, ada kalanya turun macam memang tak dapat nak diselamatkan. Itu dinamakan lumrah manusia. Semua orang hadapi perkara yang sama. Paling penting, semua orang mesti miliki faktor pendorong masing-masing yang menjadi motivasi untuk teruskan perjuangan. Jadi, jangan sesekali putus asa.

Makanya,marilah kita hayati nota kecil di bawah agar kita TIDAK SEKALI-KALI PUTUS ASA! (dinomborkan supaya lagi berminat nak baca kerana begitu pendek, ye dak?)

1. Kegagalan sebati dengan kehidupan.Namun selepas itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Malah disusuli dengan kekecewaan dan terlalu sukar untuk diterima oleh hati.

2.Ada saja persoalan yang ditimbulkan lalu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.

3. Acap kali kita dengar “Chill la der.ini bukan penamatnya,bukan penghujung”  cliche bukan? Tapi memang itu yang sebenarnya.Ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.

4.Paling penting Lawan Perasaan Putus Asa itu.Hakikatnya, putus asa ialah punca kegagalan.Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.

5.Jangan sesekali sematkan sifat putus asa dalam diri kita.Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

6. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.Halus dan spontan, bukan? Memang harus cari kekuatan disitu.

Don’t despair and never lose hope
'Cause Allah is always by your side
Insha Allah
(fine.cliche.yeah.i know) :P

Chaiyookkk!




Artikel ini disediakan oleh Saudari Nurul Farahin Ruslan. Boleh dihubungi di redcapt_slumber@yahoo.com

Related Posts:

  • A Muslim. A Student. A Muslim Student. Students’ goal, no doubt, is always to succeed whatever there is to come in schools, or more suitable to our condition, university years. Give theory examinations, dissection of the book begins from cover to cover… Read More
  • Letter to AAD The Head of Academic Affairs Department (AAD) International Medical University (IMU)                         14 September 2010 Dear Sir/ Madam, REQUEST TO H… Read More
  • Exam Fever Assalamualaikum  warahmatullahi wabarokatuh! =) Salam sejahtera kawan-kawan. Salam 1 Malaysia. 1 IMU. Masih sempat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH diatas kejayaan kepada brothers and sisters semester 5 ya… Read More
  • The Circle Of Life Peace be upon you brothers and sisters. May Allah bless all of you. To our brothers and sisters who have taken and will be taking their examinations, I would like to wish all of you a good luck and may all of you succeed w… Read More

0 comments:

Post a Comment