Thursday, February 2, 2012

'Musah' berubah





" musah = mudah + susah "



Mari berubah.
Berubah kearah yang lebih baik.
Tidak perlu susah-susah berubah secara drastik.
Perubahan tidak semestinya grand.
Cukup sekadar perubahan minor yang positif.
Biarlah perubahan itu kecil.
Asalkan ianya berterusan.

Sekiranya selama ini saudara gemar memakai short semasa bersukan, mungkin kini boleh menambah tight didalam atau berseluar panjang. Mudah bukan ?

Sekiranya anda gemar memakai pakaian ketat-ketat sehingga nampak itu ini, apa salahnya cuba pakaian yang lebih longgar atau kurang ketat? Itu juga satu perubahan.

Jika anda kurang gemar menunggu untuk berzikir selepas solat, cubalah berzikir semasa berjalan atau semasa memandu ? Bukankah itu satu perubahan ?

Banyak lagi perubahan kecil yang mampu kita lakukan, terpulanglah mana satu mahu diamalkan.

Asalkan perubahan tersebut mendekatkan kita kepada Nya.


"Saya risau dan geram apabila diejek teman-teman"

Simpan saja alasanmu itu…

Mengapa perlu risau kata-kata mereka ? Bukankah mereka juga hamba seperti kita ?
Amalanmu itu untuk mereka atau untuk Allah semata-mata?

Endahkan kata-kata mereka. Lakukanlah perubahan kerana Allah Maha Esa. Bukan manusia durjana.


Ubahlah neraca amalan kita; daripada neraca pandangan manusia kepada pandangan Allah sahaja. 
-quoted-

Belum cuba belum tahu…
Sudah cuba amal lah selalu.

Bukankah Allah suka amalan yang istiqamah walaupun sedikit ?

Jadi,

Berubahlah walaupun sedikit. Kata-kata orang memang sakit,tetapi ingatlah neraka Allah lagi perit.


By,
AmirNazri
MSOC Committee 2011/12

Related Posts:

  • Teka-Teki Dalam Al-Quran Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. 1. Apa khabar semua? 2. Insya Allah, dengan nikmat kesihatan yang ada, ucapkanlah Alhamdulillah. 3. Kali ini saya akan berkongsi satu kisah teka-teki istimewa yan… Read More
  • The Islamic ‘dilemma’ "Read, in the name of thy God who created; created man out of a clot of congealed blood. Read and thy God is Most Bountiful. He who taught with the pen (writing and reading). Taught man that which he knew not."   [Sur… Read More
  • Erk. Uk. Ek. Gulp! Maybe this is what happened when we recite the Quran. Entangling and twisted tongue! Stuttered. Stuck. Then what happened next? If we recite next to our friend, whom by the way can read fast, smooth, and with … Read More
  • Realize or not? Picture from here. " Oh Allah, I want to pass the exam with flying colours" " Ya Rahman Ya Rahim, I want a good wife and children" " Ya Allah, ......." Everyday and every time we pray, we will ask Allah for… Read More
  • Do We Need God? Good question! Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. 1. My answer to that question would be in a form of pantun (a Malay traditional poem). Err.. I mean, in a form of another question… Read More

2 comments: