Saturday, February 25, 2012

Yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim

situasi satu:

  • "Ala.. bukan siapa-siapa pun, abang aku je. takpelah." sahutan dari abang yang mohon pertolongan diendahkan
  • "Mak aku je. Nanti lah aku angkat phone ni." panggilan dari ibu anda biarkan, dan sambung berbual dengan rakan.
  • "Ala.. bukan kat mana pun. rumah je. nanti kakak aku kemaskanlah. kalau kat tempat lain tu, lain ceritanya." pinggan kotor dibiarkan di dalam singki, tidak dipedulikan. ..


situasi dua :

  • Nama anda dipanggil guru. Serta merta badan bergerak ke bilik guru, tidak bertangguh.
  • Rakan memanggil di telefon. Talian secepat mungkin diangkat meski waktu itu sedang berbual dengan ibu.
  • Pinggan gelas habis dicuci, sebagai tanda terima kasih dijemput makan tengahari...


khairukum!

Sedih, kan?

Bagaimana kita mampu berhemah dan beradab dengan orang lain,
tetapi tidak mampu untuk membawa keberadaban kita itu dihadapan ibu, bapa dan keluarga.


Bagaimana kita boleh berlemah lembut dengan orang luar,
tetapi tidak boleh berlemah lembut dengan isteri dan anak-anak.


Bagaimana kita boleh senyum hormat kepada guru guru,
tetapi tidak mampu senyum hormat kepada ibu bapa kita sendiri.


Bagaimana kita boleh bermanis mulut dan bersabar dengan client dan pelanggan,
tetapi kasar dan berang dengan isteri dan anak-anak.



Perlukah menganaktirikan layanan?
Perlukah meletakkan pangkat pada sesebuah layanan.?

Ramai yang beranggapan. "keluarga ku, adalah keluargaku. sudah kenal siapa diriku. lebihnya dan kurangnya aku. maka sepatutnya mereka faham, dan terima aku seadanya."
Oh tuhan.!
kerana mereka menerima kelebihan dan kekurangan kamu itulah kamu perlu menghormati, menyanyangi dan melayani mereka dengan jauh lebih baik, jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang tidak tahu pun siapa kamu.

Berbuat baik kepada orang lain itu, ya, pujian diberikan.. tetapi sesama ahli keluarga kita,
Usah pula diremeh temehkan, dipandang sebelah mata!

Sebagaimana baiknya anda melayani orang luar,
berganda lagi layanan yang perlu anda berikan buat ahli keluarga anda.

 ingat pesan baginda?

khairukun.. khairukum... li ahlihi.. 
yang terbaik antara kalian.. adalah yang terbaik kepada keluarganya.

Ya..
kepada ayahnya,
kepada ibunya
kepada abangnya,
kepada kakaknya,
kepada suaminya,
kepada isterinya,
kepada anak-anaknya.

Tanyakan kepada diri, sudahkah memenuhi?


Ayuh, apa tunggu lagi,
mari kita jadi, yang "Terbaeeekkkkk"! 


0 comments:

Post a Comment