Wednesday, January 8, 2014

Itu Dia... Zombie


Itu Dia….Zombie!



Keadaan sekeliling suram. Awan tampak gelap. Bergerak perlahan.

Dari jauh sudah kelihatan.

Kelibat makhluk.

Jalannya terhuyung-hayang. Perlahan.

Seolah lemah tak bermaya.

Keadaannya serabai. Tidak terurus.

Dan mulut, seolah berkata sesuatu. Terkumat kamit, suara yang dalam dan halus. perlahan..

Eh, tak-tak!

Saya tidak mengambarkan perihal zombie ye. Saya hanya mengambarkan student yang sedang bersiap sedia menghadapi exam final.. walaupun sebenarnya dari jauh, dah nampak macam zombie! Wahaha..

Tak dinafikan, bila tibanya musim peperiksaan, maka banyaklah zombie-zombieakan yang dilahirkan. Seolah menjadi trend. Seolah adanya virus yang merebak!

Maaf, saya tidak merujuk zombie pada sudut fizikal ya, jika ada, tetapi merujuk pada sudut yang lebih penting. Lebih berbahaya kepada kesihatan jiwa manusia.

Iaitu,
zombie dari sudut spiritual. Sudut dalaman.
Insan yang hatinya menjadi kering.
Lebih kering dari ikan kering dengan garam extra.
Insan yang hatinya menjadi jauh. Lebih jauh dari planet Nameck di Galaksi lain.
Hati yang kering dan jauh dari Allah.
Semuanya, dek peperiksaan yang semakin dekat. Aduh.

Mengejar masa.

Ya, dek kerana tarikh exam yang sudah dekat, dan banyak perlu di’cover’, lalu syaitan membisikan, untuk mengurangkan amal-amal harian kita.
Solat sudah mulai lambat.
Quran sudah mula tak sentuh.
Solat sunat, apa tu..?
Eh surau, kat mana ek..?
Solat Jemaah? eh belum hari Jumaat lagi la. Raya pun jauh lagi.
Jatuh kerusi terduduk.

Sedikit demi sedikit, syaitan menarik kita jauh dari Allah.
Dan kita tak sedar pun.
Bahkan, kita merelakannya.
Membiarkan hati kita jauh dari merasa dan menghayati hidup sebagai Abdullah. Semuanya kerana exam.

Apa tanda-tanda hati menjadi kering dan kontang?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Al-anfal 8:2

Dia tidak merasa langsung sedikit getaran dalam hatinya.
Bahkan dia tidak merasa kesah pun akan perhubungannya dengan Allah.
Tidak kisah akan keadaan Ibadah dia sekarang.


Tujuan yang jelas.

Jadi, kunci untuk kita benar-benar mengeluarkan dri kita dari menjadi Zombie kering kontang ini adalah dengan memahami tujuan kehidupan kita.
Kenapa kita perlu memahami instead of mengetahui? Oh, pardon my rojak’s.
Kerana faham itu berbeza dari tahu. Faham itu dari hati, membuahkan perasaan dan keinginan. Tahu itu ilmu semata.
Seorang professor psychologydari University of Pennsylvania,Martin Seligmanmenjelaskanbahawasetiapmanusia mahukan kebahagiaan. Tidak mahu tidak, dia akan mencari kebahagiaan itu. Tetapi, kebahagiaan bagaimana dan apa? Allow me to describe in English ey.. Slurpp.. (sambil menghirup air teh)

“we can experience and progress to three kinds of happiness: 1) pleasure and gratification, 2) embodiment of strengths and virtues and 3) meaning and purpose. “
1.     pleasure and gratification

this kind of happiness is easy get. We watch football, we feel happy. We listen to music, we feel happy. Eat, watching drama, comedy series, hang out with friends at mamak’s etc.
But, it is transient. Only for a brief. A momentarily joy.
And thus, people will continue, on and on, searching for this momentarily joy. It’s a vicious cycle. After the joy is over,we will look for it again. And again. We would even go over the boundaries just because, the previous excitement is not so exciting anymore. We would might not becoming a human at all.

2.     embodiment of strengths and virtues

The second level of happiness is through accomplishment. We set our aim, and we strive for it. Upon accomplishment, we feel happy. We feel accomplished. Fulfil. And it will last longer than the previous one. It’s like when you have already finished cooking, or making cards, or even winning a 2 hour game. Feel  me?

3.     meaning and purpose.

But above all of these types of happiness, this is the highest. It lasted longer. Doesn’t even need any extra effort. Doesn’t need multi billion project to fulfil you. Even by a simple act you are already happy. Even by lifting rubbish from the road, is enough.
Meaning and purpose.
Jadi, dengan kita jelas dan faham akan tujuan hidup kita, kita akan lebih bahagia.
Jadi, bahagia kah kita sekarang?
Dan kita mahu mengejar kebahagiaan yang mana? Dan kepada apa?

Tujuan Kehidupan.

Kepada Allah.
51:56 – beribadat kepada Allah
2:30 – khalifah

Jadi, dengan memahami jelasnya tujuan kehidupan kita, sepatutnya, tidak menjarakkan kita dari Allah.
Bahkan, Allah telah mengingatkan kita bahawa kitadicipta, bukan main-main.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu secara main-main sahaja, dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Al- Mu’minun 23:115

Bahkan kita dicipta dengan tujuan.

Jadi, dalam kita menjadi hamba Allah ini, bukan hanya 5 kali sehari ketika bersolat. Habis sahaja bersolat, maka kita bukan hamba Allah. Lalu pergaulan kita, makanan, pakaian, bahasa percakapan,post di Facebook kita seolah tiada kaitan dengan Ibadat.Tetapi sebenarnya, seluruh hidup kita itu, bertujuan untuk beribadat kepada Allah.
Dalam setiap perkara yang kita lakukan..
Setiap perkara.

Ketahuilah, kehidupan sebagai seorang pelajar, menduduki peperiksaan, adalah satu dari fasa-fasa hidup yang wajib kita lalui. Sebagaimana kita telah pun melalui fasa kanak-kanak dan remaja.
Jadi, menyedari ini adalah fasa kehidupan yang perlu kita lalui, maka kenapa kita menjalaninya dalam keadaan kita melupakan tujuan asal penciptaan kita?
Kita Abdullah, sebelum exam, selepas exam, ketika tiada langsung exam.
So what is your excuse for taking your Ibadah lightly just for the sake of exam..?



Mula awal

Jadi, perjalanan dalam menjadi Abdullah, harus dimulakan awal.
Biasakan diri dengan ibadah-ibadah sunat. Baca ayat-ayat cinta Allah. Banyakkan berada dalam suasana yang baik.
Ya, ia boleh jadi lambat. Tetapi itu lebih baik dari tak buat.
Kerana cinta itu kata kerja. Bukan kata nama.
Bekerjalah dalam mencintai Allah.
You will find your happily-ever-after life, here in Dunia.
Senyum. 
Again, pardon my rojak’s..

Salam.



Written by: Zulhafifi Bin Dzulkafli

0 comments:

Post a Comment