SUDILAH KIRANYA ENGKAU...MEMANDANGKU DENGAN
PANDANGAN RAHMAT & KASIH SAYANGMU...
Seorang pemuda yg
resah gelisah hatinya kerana dosa lalu, singgah di surau kecil berdekatan
kolejnya.
Kelihatan kelibat seorang pak cik tua, bersih pakaiannya, jernih air mukanya sedang menunaikan solat fardhu Zohor. Lantas si pemuda pendosa menurutinya sebagai makmum.
Usai solat, si pemuda memberanikan diri bertanya bagi meleraikan kekusutan hati,
"Pak cik...saya ada satu kemusykilan, yg sekian lamanya menghantui sanubari. Saya selalu berbuat dosa yg saya tak mampu ungkapkan, dan saya juga sudah selalu ingin memperbaiki diri. Solat, Qur'an, taubat SEMUA sudah saya lakukan! Namun, saya masih tewas dgn hasutan.."
Pak cik bermuka jernih memandangnya dgn penuh makna, seraya membuka bibir menuturkan perkataan penuh makna,
"Wahai pemuda, utk benar2 berhenti dari dosa dan noda memang tidak mudah, dan memerlukan pengorbanan tak terperi sebagai seorg insan. Pak cik nak tanya boleh?"
"Apa pak cik nak tanyakan dari saya?"
"...adakah engkau istiqamah dgn solatmu?"
Pemuda menjawab,
"Ya, itu satu2nya amal saya yg paling terjaga. Sekurang2nya saya tak pernah lagi meninggalkannya. Cuma mungkin sekali-sekala terlepas waktunya."
Pak cik misteri merenung anak mata si pemuda dalam2. Ah! Dia masih terlalu muda, utk disia2kan. Ummah memerlukannya!

"Wahai pemuda,
jikalau demikian maka apa yg dapat pak cik nasihatkan, PERBAIKILAH AKAN
SOLATMU, DAN TINGKATKANLAH MUTUNYA. Mudah-mudahan Allah SWT membuka jalan ke
arah kebebasanmu dari belenggu lalu dgn amalmu yg satu!"
Si pemuda terkesima. Memang ringkas solusinya, bahkan mampu utk dirinya nan kerdil. Belum pernah dia menerima nasihat seringkas tapi penuh makna sebegini, dari seorg hamba Allah yg misteri. Hatinya berbaur haru dan gembira, kerna mungkin inilah caranya!
Dia terimbas kembali sebuah hadis yg dipelajari waktu persekolahannya, tika hatinya masih suci. Sebuah hadis disampaikan Nabi SAW yg mulia. Allah SWT tidak akan sesekali membebankan hambaNya, dan tidak sesekali Dia meninggalkannya. Apabila hambaNya menghampiriNya dgn berjalan, maka Dia, akan berlari menghampirinya.
Dalam lamunannya tanpa tepi, si pemuda terlupa mengucapkan terima kasih kepada si pak cik misteri. Tersentak dari lamunan, dia berpaling- tapi si hamba Allah yg membantunya yakin dgn rahmat infiniti Ilahi itu, telahpun berangkat pergi.
Siapakah dia?...Semoga Allah merahmatinya.
Sesaat pertemuan, seribu kenangan. Sebuah kisah bukan rekaan. Dari seorg teman.
------------------------------------------------------------------------------
Dalam mengubah diri, ISTIQAMAH ialah kuncinya. Beramal sesuai kemampuan, tapi sentiasa menanam azam, utk menaiktarafkan.
Semoga akhirnya Dia memandangku, dgn pandangan rahmat & kasih sayangNya...

~Written by : Amirul Arif Yaakub.~
0 comments:
Post a Comment