Monday, May 26, 2014

Qolbi

(this picture taken from here )

***

Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Kerana aku tak pasti,
Sampai bila aku mampu berdiri,
Sana dan sini,
Godaan menanti,
Menarik narik hati ku,
Aku tak mampu.

Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Kerana aku lemah,
Terlalu lemah,
Kerana bisikan itu menguji,
Takut-takut nanti ku turuti.

Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Hanyut,
Telah ramai yang aku lihat hanyut,
Arus godaan dunia disangka syurga,
Rupanya neraka bersalut hawa,
Nyenyak berselimut dosa.


Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Kerana aku masih bertatih,
Perlahan, lahan, menuju redha Mu,
Terima lah aku,
Dengan segala kotor ku.

Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Aku sedar,
Hati ku tidak tetap,
Niat ku sering berubah,
Maka sungguh malang kiranya,
Aku langsung tidak menyedarinya.

Wahai yang membolak balikkan hati,
Teguhkan hati ku di atas agamaMu,
Apa yang harus aku lakukan?
Disaat gelap dan cahaya,
Tak dapat ku beza,
Berjalan dengan menyangka inilah dunia,
Semuanya sangkaan ku saja,
Sangkaan apa yang ku lihat dari ramai manusia.
Penat!
Aku penat menghitung dosa.
Penat terjatuh semula.
Penat dengan kerenah dunia.
Penat dengan lemahnya jiwa.
Penat dengan diri yang terlena.
Kelam!
Dibuai oleh permainan dunia.
Tak ubah seperti kanak-kanak dalam dunia nya.
Leka!
Dan terus leka.


Ya Rabbi dengarkanlah,
Aku lemah.
Dan aku berdoa,
Ya muqollibal qulub
Tsabbit qolbi a’la diinik.



***

Syahr bin Husyib bertanya kepada Ummu Salamah,

“ Wahai Ummul Mu’minin! Doa apa yang paling banyak diucapkan Rasulullah jika sedang berada disisimu?”
Jawab Ummu Salamah,

“Ya muqollibal qulub, Tsabbit qolbi a’la diinik.”

Saya berkata, “Wahai Rasulullah, betapa sring engkau ucapkan doa itu,”

Rasulullah menjawab,” Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidak ada anak Adam kecuali hatinya di antara jari-jari Allah (didalam kekuasaan Allah).  Sesiapa yang dikehendaki, diluruskanNya. Sesiapa yang dikehendaki, disesatkanNya”


(HR Tirmidzi)


Dinukil oleh:
Saudara Zulhafifi bin Dzulkafli

Related Posts:

  • Realize or not? Picture from here. " Oh Allah, I want to pass the exam with flying colours" " Ya Rahman Ya Rahim, I want a good wife and children" " Ya Allah, ......." Everyday and every time we pray, we will ask Allah for… Read More
  • The Islamic ‘dilemma’ "Read, in the name of thy God who created; created man out of a clot of congealed blood. Read and thy God is Most Bountiful. He who taught with the pen (writing and reading). Taught man that which he knew not."   [Sur… Read More
  • No Title Assalamualaikum, Why this article don’t have a title, you may asked?  Because, it depends on you. On how you would give a title to this article. Dear my brothers and sister, Most of us are in the 20’s. Yes. T… Read More
  • Teka-Teki Dalam Al-Quran Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. 1. Apa khabar semua? 2. Insya Allah, dengan nikmat kesihatan yang ada, ucapkanlah Alhamdulillah. 3. Kali ini saya akan berkongsi satu kisah teka-teki istimewa yan… Read More
  • Erk. Uk. Ek. Gulp! Maybe this is what happened when we recite the Quran. Entangling and twisted tongue! Stuttered. Stuck. Then what happened next? If we recite next to our friend, whom by the way can read fast, smooth, and with … Read More

0 comments:

Post a Comment