Wednesday, November 3, 2010

Rasulullah SAW, Inspirasiku

Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga. (Hr. As Sajzi dari Anas)

 “Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga ia lebih mencintai aku daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia."(Hr. Muslim dan Nasa’i)

Pengorbanan Rasulullah

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda, para sahabat baginda. Untuk agama, Allah SWT telah mengorbankan kekasihnya dalamn usaha mengajak manusia kepada keimanan yang sebenar, iaitu beriman kepada Allah SWT. Agama ditegak dengan pengorbanan, kepayahan, tekad dan air mata. Seorang yang digelar Al- Amin oleh masyarakat Quraisy kerana perkataan dan perbuatannya, namun kerana penyebaran Islam, baginda dipanggil orang gila dan ahli sihir. Pelbagai susah payah diharungi; Tentangan daripada masyarakat Musyrikin Quraisy,  termasuklah daripada ahli keluarganya sendiri, Abu Jahal dan Abu Lahab, pelbagai peperangan fisabilillah, perjalanan dakwah baginda dan banyak lagi. Semua ini dilakukan kerana kasih baginda kepada kita, ummatnya dimana fikir baginda bagaimana setiap manusia mendapat kalimah LAILAHAILLALLAH sehingga bayi yang terakhir sebelum kiamat.

Kasih Sayang baginda

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat Al-Darimi).

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (At-Taubah- 128)

Malah Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat." (Riwayat Muslim dalam Kitab Al Iman)

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka, melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, "Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku." Mendengarkan akan sabdaan ini, maka golongan sahabatlah Rasulullah sangat beruntung dimana  kita umatnya yang tidak sempat melihat Rasulullah pasti sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, "Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku."

Beginilah kasih sayang Rasulullah kepada kita, namun kita kini kurang menghayati dan mengasihi akan Rasulullah, dimana kita dihanyutkan oleh pelbagai perkara lain yang sia-sia. Tidak sepertimana Rasulullah yang sentiasa memikirkan akan umatnya sehinggalah baginda berdepan dengan sakaratul maut, dimana baginda  masih menyebut “Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)”

Buat renungan bersama:

MUHAMMAD- IN THE EYES OF NON MUSLIMS
Sumber daripada MR Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Islamic Information & Services Foundation





Articles prepared by: 

2 comments: