Assalamualaikum friends, have you heard of solat tasbih before? If yes, have you done it before? If no, then don’t worry this article fills you in on what is solat tasbih and how to perform it.
This solat is called tasbih because when performing it we will recite 300 tasbih which are Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
Sabda Rasulullah:
Dua kalimah yang mudah diucapkan oleh lidah, tetapi kedua-dua kalimah itu berat pada timbangan Allah, kedua-dua kalimah itu disukai oleh Tuhan al-Rahman iaitu: Subhanallahi wabihamdihi, subhanallah al ‘azim.
Sabda Rasulullah:
Bahawa aku ucapkan: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar; lebih aku sukai dari segala apa yang ada pada hari itu.
Sabda Rasulullah:
Empat perkataan yang amat disukai oleh Allah Ta’ala, yang tidak menjadi masalah engkau memulakannya dengan menyebut mana-mana dahulu: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.
Rasulullah bersabda:
Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di “Isra’ ”kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
KAIFIAT SOLAT TASBIH
Solat Tasbih sama seperti solat-solat sunat yang lain. Cuma solat tasbih mengandungi bacaan tasbih yang banyak. Solat ini dilakukan sebanyak 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah malam, lakukanlah 2 rakaat dengan satu salam. Kemudian teruskan pula dua rakaat lagi dengan satu salam. Sempurnalah 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah siang, lakukanlah 4 rakaat berterusan dengan satu salam sahaja.
NIAT
Malam : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Daripada Abi Rafi’ r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku”. Kemudian ruku’ dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu (‘iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)
KEDUDUKAN SOLAT TASBIH
Setelah Rasulullah menjelaskan tatacara Solat Tasbih kepada Abbas, Baginda menjelaskan pula kedudukan atau tuntutannya.
…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi
HUKUM
Bagi kebanyakan ulama Mazhab Syafie, Solat Tasbih hukumnya sunat. Pendapat ini antaranya dikemukakan oleh Abu Muhammad al-Baghawi dan Abu Mahasin al-Ruyani. Demikian juga dengan pendapat salaf, Abdullah bin al-Mubarak. Sungguhpun begitu, ulama hadith tidak menerima hadith mengenai solat tasbih dan mengatakan hadith tersebut adalah gharib dan daif. Namun hadith mengenai kelebihan membaca tasbih adalah sahih.
Oleh itu saudara-saudari, marilah kita semua cuba mengamalkan solat tasbih ini kerana ada banyak kebaikannya.
Prepared by Amin bin Harun
terime kaseh :)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTQVM
Praise be upon Allah, all gratitude belongs to Him alone, One and Only.
ReplyDeleteMay Allah benefit all of us from this piece of sharing. Thanks to bro Amin for working on it.
Take care all =)