Angin-angin gurun bertiup kuat.
Debu-debu pasir mengisi udara.
Ada hati-hati yang bertaut hebat.
Pada kiat-kiat Sang Pencipta.
Badr.
Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2H.
Pertempuran pertama umat Islam. Bagi meraih hak-hak harta Muslimin
yang ditinggalkan di Mekah.
Pertempuran ini, bukan pertempuran main-main.
Hanya yang benar-benar beriman, akan menyertai.
Hanya yang benar-benar yakin, akan pergi.
Hanya yang benar-benar ikhlas, akan bersedia.
Hanya yang benar-benar taat, akan menyerahkan segala.
Rasulullah tidak menyatakan ke mana mereka akan pergi.
Bahkan Rasulullah tidak menyuruh para sahabat untuk lama menyiapkan segala
kelengkapan. Hanya bawa apa yang ada, dan pergi.
Tapi ternyata, Allah punya perancangan Nya yang tersendiri. Pada
awal hanya ingin mengentarkan kafilah Abu Sufyan, tanpa perlu berlawan. Tidak
dijangka ia akan bertukar menjadi peperangan.
Namun para sahabat bersedia. Tenaga dan darah sanggup
dikorbankan. Jiwa dan nyawa sanggup diserahkan.
Ini bukan main-main.
Medan Badar menjadi saksi. Doa dan munajat Rasulullah &
para sahabat dilaungkan. Memberi kekuatan pada hati-hati yang hadir.
Kedua kumpulan bertemu. Musyirikin Mekah & Muslimin
Madinah. Gentar dan takut bukan lagi pilihan. Hanya kepada Allah segalanya
dipertaruhkan.
Peperangan bermula. Mata pedang saling bertemu. Debu-debu
percikan derapan kuda memenuhi udara.
Disini, hanya satu pilihan yang tinggal.
Hidup atau mati. Menang atau kalah. Segalanya demi Allah.
Segalanya demi Allah.
Peperangan semakin memuncak. Ramai sahabat yang terkorban.
Terasa 313 melawan 1000 menjadi bebanan. Keadaan semakin genting. Pertempuran
semakin sengit. Lalu doa dipanjatkan. Rasulullah terus memohon pertolongan
Allah. Melaungkannya.
“Ya Allah Ya
Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah
lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya”
Ketika harapan dirasa tiada. Ketika peluang kemenangan
terasa sempit. Allah membalas,
“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada
kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
(al-Anfaal: 9)
Allah membalas doa hambaNya yang taat. Membalas doa
kekasihNya. Rasulullah lalu bersabda kepada Abu Bakr,
“Terimalah berita
mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu
berterbangan”.
Bantuan telah tiba.
Para malaikat telah turun. Juga bersama gerombolan itu,
ketua para malaikat, Jibrail a.s. Dia juga turun berjuang bersama Baginda dan
tentera muslimin. Demi sebuah kebenaran, Allah membenarkan.
Serangan perlu diteruskan. Semangat juang perlu dinaikkan.
Laungan jihad perlu hebatkan. Nilai kekuatan syahadah itu perlu dizahirkan.
Nilai seorang Mukmin perlu dinampakkan.
Agar gentar musuh-musuh Islam. Supaya ada beza antara
perjuangan Haq & Batil. Sekali lagi, laungan pembakar semangat dilaungkan,
diingatkan semula akan janji-janji Allah.
“Demi Tuhan yang
jiwa aku di tangannya tak seorang pun yang memerangi mereka itu penuh
kesabaran, perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati syahid kecuali
di masukkan Allah ke dalam syurgaNya”
Kaum Muslimin semakin bersungguh-sungguh. Malaikat juga
datang membantu. Serangan demi serangan diberikan. Akhirnya, benteng tentera
Musyirikin Mekah semakin goyah. Semakin ramai yang parah. Semakin sedikit yang
tinggal. Dan kesan dari itu, ramai yang melarikan diri. Lebih ramai yang mati.
Lantas kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin.
Allahu Akbar.
***
Kunci kemenangan?
Keimanan. Itulah kekuatan.
Bukan pada tubuh yang besar, tapi pada jiwa yang suci.
Kerana yang berani itu bukan pada otot yang besar, tapi pada
hati yang berhubung dengan Tuhannya.
Keimanan juga kunci kepada pertolongan Allah.
Meskipun kita sudah merancang, meskipun kita ada kelebihan,
tetapi kelebihan & pertolongan yang sebenar itu adalah dari Allah.
Badr Kita.
Kini, kita telah melepasi 15 hari pertama Ramadhan.
Bagaimana? Ada perubahan? Sudah semakin dekat dengan Quran? Semakin dekat
dengan Rabb Yang Menciptakan?
Sepertimana Rasul & para sahabat ada Perang Badr mereka,
kita juga ada Perang Badr kita sendiri.
Jadi siapa musuhnya?
Musuhnya, diri kita sendiri. Nafsu kita sendiri.
Kali ini, pertempurannya one on one. Satu lawan satu.
Pertempuran, antara Haq & Batil dalam diri kita. Dalam
hati kita.
Antara ingin melakukan perubahan dengan kebenaran, atau hanyut
dengan kelalaian.
Kerana dalam Ramadhan ini, inilah Badr kita.
Supaya Ramadhan ini tidaklah hanya pada Bazaar Ramadhan.
Buka puasa. Baju baru. Hari Raya. Bila Ramadhan habis, tiada apa-apa yang
berbeza. Ramadhan berlalu bagai angin, tiada kesan. Tiada beza.
Ramadhan ada atau tiada, tiada beza.
Jadi inilah Badr yang harus kita tempuhi.
Perang Badr pada Rasulullah adalah sebuah peperangan
penentu. Sama ada Islam menang, atau kalah. Pilihannya satu. Kerana itu Baginda
sungguh-sungguh berdoa,
“Ya Allah Ya
Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah
lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya”
Betapa gentingnya saat itu. Betapa pentingnya perang ini.
Ia bukanlah pertarungan yang main-main.
Jadi kita juga wajib melihat peperangan Badr dalam diri kita
ini, dari kaca mata Rasulullah. Pentingnya, untuk Haq ditegakkan dalam diri
ini. Pentingnya untuk Islam bertapak dalam jiwa ini. Pentingnya untuk Quran
menjadi panduan kehidupan ini.
Kerana insan itu, jika bukan Quran pegangannya, jika bukan
Islam anutannya, maka pegangan & anutan nya adalah selain dari itu.
Sumbernya selain dari wahyu Allah.
Itulah insan. Dia akan berpegang pada sesuatu. Sayangnya,
sesuatu yang dia paut itu, adalah apa saja yang dia jumpa dihadapannya. Baik
dari rakan-rakan, media massa, majalah-majalah hiburan dll, tanpa dia cuba nilai.
Lalu tidak hairan jika Ibadah itu sudah mula rasa kering.
Sekadar ritual. Gerakan-gerakan kosong.
Kemanisan Ibadah itu terasa asing.
Apatah lagi Ramadhan digalakkan menambah amal. Terasa
janggal.
…..
Hati itu bukan pada Rabbnya.
Pertolongan
malaikat
Lalu belum terlambat untuk kita berdoa kepada Allah, mohon
kekuatan, keikhlasan,ketaqwaan, rasa Ihsan dalam diri.
Sepertimana Baginda berdoa pada Allah seperti dalam perang
Badr. Supaya diberikan bantuan. Saat terasa berat baginya ujian peperangan itu.
Saat Baginda tidak yakin akan kemenangan.
Itulah insan. Dia kadang terlupa bahawa dia hamba Dia.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.Az Zumar 39:53
Jalan kembali belum tertutup. Jalan memperbaiki apa yang ada
sentiasa terbuka.
Badr Mereka.
8hb Julai 2014. 10 Ramadhan 1435H. Saudara-saudara kita di Gaza
diserang oleh Zionis. Roket-roket dilepaskan. Dituju kepada kawasan penempatan.
Semua masyarakat awam terkorban. Bayi-bayi kecil. Kanak-kanak. Orang tua.
Seluruh keluarga dilenyapkan begitu sahaja.
Itu Badr mereka. Kita?
Allah ingin mengajar kita bahawa ujian kita disini, masih
terlalu kecil. Terlalu remeh jika dibandingkan dengan mereka di Gaza. Mereka di
Gaza, tiada lagi isu masalah diri. Tiada isu membazir makanan. Tiada isu tak
jaga pandangan. Disana,masing-masing berlumba menjadi Hafiz Quran. Mereka
disana berjuang melawan musuh Allah. Kita disini hanyut dengan nafsu syahwah.
Disana mereka mahu mati syahid. Mahu menyumbang pada agama.
Disini, seolah sebaliknya.
Badr kita adalah diri sendiri.
Badr mereka adalah musuh Islam.
***
Mereka telah bersiap sedia mnghadapi Badr mereka.
Jadi kita juga harus menyiapkan diri untuk menghadapi Badr
kita.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi Tuan untuk dirinya, pemandu
untuk nafsunya, nakhoda untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali)
Kesimpulan
Jika dirujuk al-Baqarah 2:183, talian untuk Mukmin untuk
mencapai Mutaqqun adalah melalui puasa. Dan sudah tentu ada cabaranya yang
perlu kita tempuhi. Ada Badr yang perlu kita menangkan. Maka
1.
Istigfar. Jujur dengan diri.
Muhasabah, ada tak perkara yang kita boleh
perelokkan sempena Ramadhan ni. Perkara untuk diperbaiki. Kerana, the changes
must start from within. From yourself. People can tell you what to do,but it’s
you who decide. So be honest.
Kenapa nak tolak benda baik?
Perkara apa yang masih menghalang kita
untuk berubah?
2.
Kita perlu kenali nafsu diri. Put a conscious mind
of every action that we do. Allah redha ke x?
3.
Selepas usaha, doa.
Rasulullah semasa Perang Badr tak
henti-henti doa. Jadi kita pun patut sama.
4.
Never give up. Kadang,kita sendiri yang jatuhkan
diri kita sendiri. Kerana rasa diri tak layak dsb. Siapa pernah sangka Umar
al-khattab r.a akan masuk Islam? Siapa pernah sangka dia akan menjadi antara 10
sahabat dijamin syurga?
You never know your potential, until you
have tried your best.
Have you ever wondered, what would happen if
Umar never try his best?
“Alangkah baiknya sekiranya aku dulu
membuat sekian..sekian..”
“Kembalikan aku!”
Harap ini bukan ucapan kita nanti..
Jadi mari kita ambil semangat perubahan bulan Ramadhan ini
sempena Bulan Tarbiyyah.
Moga-moga kita dapat mencontohi keimanan para sahabat di
perang Badr. Mencontohi pergantungan mereka pada Allah untuk menewaskan 1000
musuh. Mencontohi kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran.
Bismillah. Jalan sudah terbentang luas dihadapan. Allahu
musta’an.
Jom!
*Perlukan tembakan-tembakan doa untuk Gaza. Semoga mereka
dapat menghadapi Badr ini.