Sunday, May 24, 2015

Aku ketagih?



Ketagihan.

I believe, it is safe for me to say, that each one of us has (some sort of) addiction.Whether it’s good or bad, we all have it. Well, most of us in a way.

Cuma kadang, kita tak sedar pun mengenainya. Dan tertanya, apa itu ketagihan?

Aku ada ketagihan ke?

….
Bagi aku, ketagihan itu adalah:

      1. Sebuah perbuatan yang kita SUKA lakukan, tapi kita GAGAL mengawalnya.     
      2. Kita pasti akan melakukannya hampir setiap hari.

Bila kita bercakap mengenai dua aspek ini, agak-agak ada tak kaitannya dengan kehidupan seharian kita? Dari bangun tidur, hingga kita mula melelapkan mata.

Pasti ada.

Contoh paling mudah, telefon pintar yang kita punya.Di sanalah kita meng’update’ status, meng’upload’ gambar, dan paling kerap, bermain game. Baik dari kecil, mahupun yang sudah tua. Semua terkena. Tindakannya tidak mampu dikawal. Seolah tidak lengkap hari jika tidak bermain telefon pintar. Serba tidak kena. Mati akal, tak tahu nak buat apa.



Meskipun itu hanyalah ketagihan dari telefon pintar, namun ia masih lagi ketagihan. Lalu siapa sedar ketagihannnya itu suatu yang merugikan?

“Alah, itu standard la… main game dalam telefon je kot..”

Dan kini ia telah menjadi standard. Lumrah kebiasaan.

Untuk kita GAGAL mengawal diri, dikira perkara biasa dan normal dalam hidup. Begitu kan? Ini hanyalah salah satu contoh. Banyak lagi ketagihan yang berlaku dalam masyarakat.

…..

Itulah masalah dengan ketagihan.

Ia akan sentiasa dipandang OK oleh pelaku kerana ia perbuatan yang dia gemar lakukan.

“Kenapa perlu berhenti jika perkara itu best?”

Logik akalnya.

Atas asas yang sama, ketagihan mampu mempengaruhi pemikiran seseorang, sehingga menjejaskan penilaian baik dan buruk sesuatu perkara. Kita mungkin rasa ‘biasa’ membuang masa. Pelaku yang lain juga rasa ‘biasa’. 

Bezanya, kau ketagih main telefon, dia ketagih main benda lain.

Bezanya, kau merugikan masa, dia bernafsu serakah pada insan lain.

Rasional bagi kau, tidak rasional bagi dia.

Kerana ruang berfikir rasional sudah tiada lagi.

"Alah, rugi masa je. Tapi aku puas."

"Alah, tengok kat laptop je. Tapi aku puas."

Bukan rasional akal yang menyukatnya, tapi kepuasan hati yang menjadi raja


"Adakah kamu pernah melihat orang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya maka apakah kamu dapat menjadi pemeliharaannya?" Al-Furqan 25:43


Ketagihan, walau bagaimana kau memandangnya, ia tetap merugikan dan sangat membahayakan.

….

Antara ketagihan jijik lain yang menular dalam masyarakat kita adalah ketagihan pornografi.

Rata-rata remaja, baik sekolah agama sekalipun, tidak terlepas dari ketagihan ini. Lelaki mahupun perempuan. Bahkan, yang sudah berumah tangga juga ketagih yang sama. Mungkin lebih teruk dengan ketagihan pada perkara lain.

….

Masalah ketagihan sudah merebak disetiap lapisan umur. Ia ibarat virus jelek yang menjangkiti masyarakat kita. Baik si kecil sudah punyai ketagihan, apalagi yang dewasa. Kita sudah terlalu biasa dengan ketagihan, sudah terlalu lama, sehingga kita tidak nampak jalan keluar.

Akhirnya, kita menerimanya, dan merasakan ia, ‘biasa’….

Maka lahirlah generasi, demi generasi, yang GAGAL mengawal diri.

Berbalik pada soalan saya tadi,

“Siapa yang merasa ketagihannya itu membuang masa?”

Tidur lewat. Kerja tak siap. Jiwa kacau. Semua kerana melayan ketagihan.

Jadi itulah dia, bila kita melakukan perkara yang kita suka, kita tak nampak keburukannya.

….

Saudaraku,

Pertama sekali kita perlu jelas dan akui, bahawa kita memang punyai masalah ketagihan. Kerana dengan kita mengakuinya, baru kita boleh memikirkan cara untuk mengubatinya.

Jangan berdalih.

Jangan menipu diri sendiri.

Jujur dengan diri. Kita memang punyai ketagihan.

Kerana hanya yang mahukan pertolongan, yang akan ditolong.

….

Namun bukan mudah untuk membenci perkara yang kita suka kan?

Yang baik tidak dapat kita sembunyikan. Akal yang sihat pasti tak dapat menafikan.

Yang buruk tetap buruk.

Tinggalkannya.




Kedua, cari jalan penyelesaian.

Cari alternatif. Explore sport, books, humanitarian activities, travels, anything. Just get yourself busy and ENJOY doing it. Cari support group. Keluar dari persekitaran lama. Pindah jika mampu.

Sebab masalah ketagihan ini bukan masalah habit.

Ia masalah psychological, masalah biology badan.

It's ALL about dopamine.

Dopamine memberikan kita rasa seronok pada sesuatu perkara. Dan kita semakin lama, semakin ketagih padanya. Jika level dopamine tidak mencapai tahap seperti awalnya, kita akan tambahkan lagi. Tambahkan lagi. Lebih lama kau spend masa. Lebih banyak cabang kau mencuba.

Sebab itulah, you can't do this alone.

You've been having this addiction for years, ingat boleh keluar seorang diri?

Boleh, jika ia tidak kronik.

Tapi bagi yang dah kronik?

Get help.

Bina kekuatan untuk keluar. And this will definitely takes time.

Don't let you be defined by chemicals in your body.

You are human, NOT animals.


Ketiga, mujahadahlah.

Istiqomah. Bertahanlah. Bersabarlah.


Dan sabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Hud 11:115

……

Easy said than being done kan? Tapi percayalah, pada awalnya memang terasa susah. Rasa hilang arah tuju. Bosan. Tak senang duduk. Jiwa kacau. Tapi yakinlah, ini yang terbaik. Allah akan menggantikan yang lebih baik. Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya yang sedang memperbaiki diri.



Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Al-Maidah 5:39



…..

Kita adalah sebahagian dari masyarakat ini, dan kita ini perlu peka dan sensitif. Masalah ketagihan bukan masalah baru. Bukan seorang dua yang kena.

Ini adalah masalah serius.

Berapa ramai pemuda bahkan yang tua terjerat sama?

Adik-adik kita, rakan-rakan, bahkan mungkin diri kita sendiri?

Kegagalan kita dalam menangani masalah ini membuatkan kita ‘terkejut beruk‘ bila ada kes-kes ketagihan luar biasa berlaku.

Kerana apa?

Kerana kita cuba untuk sweep it under the carpet bila melihat ketagihan-ketagihan ‘ringan’ berlaku. Buat-buat tak tahu. Bila sudah teruk, baru kau terkejut. Sedangkan awalnya, kau dan aku jelas perangai masyarakat kita bagaimana.




Semua ketagihan ada permulaannya. Dan lebih mudah untuk kita kawal ketagihan jika kita bendung nya dari awal.

….

Kau dan aku punya upaya untuk mengubah masyarakat.Janji kau jelas, punya semangat, persiapkan diri, maka tetaplah dengan prinsip itu. Berhikmahlah dengan langkahmu.

Kerana kau dan aku, adalah agen taghyir.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
 
Al Ra’du 13:11


Aku kira tidak salah jika kita mengimpikan untuk punyai masyarakat yang mampu mengawal diri kan?



0 comments:

Post a Comment