Ahlan wa sahlan Ramadhan.
Inilah Ramadhan, bulan tarbiah, bulan yang bertujuan untuk
mendidik.
Inilah bulan, dimana kita boleh mengenal, siapa kita sebenarnya.
Masa untuk mengenal diri sendiri.
Mengenal diri sendiri?
True Self & False Self
D.W. Winnicott, seorang paediatrician dan psychoanalyst telah
memberikan idea nya dalam mengenal personaliti manusia, iaitu True Self &
False Self. Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh psychoanalyst yang lain pada
tahun-tahun berikutnya.
Setiap dari kita punyai personaliti masing-masing. Namun,
dari personality itu, bukan semuanya kita paparkan. Ada personality yang kita
sengaja/tidak sengaja sembunyikan.
Atau, dari seorang ustaz syuyukh (orang lama) DnT yang ku hormati,
dia berkongsi; manusia ini punyai lapisan-lapisan nya. Ada lapisan luar yang
dia tunjukkan pada orang ramai, ada lapisan dalam yang sebenar yang dia
sembunyikan.
Idea yang sama. Analogi yang berbeza.
Lapisan luar yang kita tunjukkan, kebanyakan hanyalah untuk
tatapan umum. Untuk disukai, untuk dihormati, untuk disayangi & dihargai.
Dan disebabkan kita mendapat ‘comfort’ dengan lapisan luar
ini, our true self mula kita ketepikan. Merasa, this is how I should be. Faking
it out. Inilah yang dikatakan, narcissism.
Namun, setuju atau tidak, setiap dari kita ada sifat
narcissism ini. Beza tahapannya sahaja.
Jadi, just be your true self.
True self
Walau ucapan ‘menjadi true self’ ini ada positifnya, namun
ada sebab kenapa kita sembunyikannya.
Boleh jadi, true self kita ini, tidak lah sebaik mana,
sangat negative, mudah berburuk sangka, dsb. Lalu, kita memilih untuk menyembunyikannya.
Dan itulah yang mahu kita perbaiki dalam bulan Ramadhan ini.
Nafsu dalam True Self
Berbeza dari Winnicott, Alice Miller, seorang psychologist berpendapat,
true self ini bukanlah datang sekaligus. Bukan satu package. Ia bukan datang
seolah disetkan sejak lahir, tapi ia terbina sedikit demi sedikit sepanjang
kehidupan itu.
True self itu mampu dibina dan dididik. Ia mampu dibentuk.
Jadi, dalam kita mengenal true self kita, saya jatuh cinta
bagaimana Islam menjelaskan mengenai diri kita. Our true self.
Segala perbuatan kita berpunca dari hati. Ini sabit hadis
sahih Imam Bukhari & Muslim.
Dari hati, adanya keinginan/kehendak yang kita kenali
sebagai nafsu. Dan dari nafsu itu terbahagi kepada dua.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku;
sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali (nafsu)
yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani."
Yusuf 12: 53
1. 1. Nafsu yang menyuruh kepada kejahatan.
2. 2. Nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhan.
Sudah tentu ada pendetailan mengenai nafsu itu sendiri kepada
nafsu lawwamah, mutmainnah, amarah, dan beberapa jenis lagi, namun itu bukanlah
fokus kali ini. Tapi lebih kepada mengenal sifat nafsu itu sendiri.
Nafsu itu asasnya mempunyai dua sifat. Satu mampu
merosakkan, dan satu mampu menguatkan.
Ulama tasawwuf (jika boleh saya quote dari Habib al-Jufri;
hanya untuk bab nafsu ini sahaja) membahagikan nafsu dalam dirinya itu sebagai
satu entiti.
Seolah satu individu lain dalam diri.
Kemampuan ‘individu’ ini pula, ia mampu mempengaruhi
keputusan kita. Sama ada baik, atau jahat.
Jadi penting untuk kita jelas mengenai nafsu itu sendiri. Supaya
kita mampu manfaatkannya.
Individu Tersembunyi
Kesan dari kita jelas akan adanya nafsu dalam diri, kita
akan mula sedar keinginan yang ia mahukan.
Kita mampu menapis nya terlebih dahulu.
Kerana ada masanya, hati ini kita turutkan saja.
Tanpa memikirkan langsung kesannya.
”Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?.
atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.
Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih
sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”.
Al-Furqaan:43-44
Start to learn to say NO to our nafs.
Belajar untuk mengenal nafsu diri.
Ramadhan Mengunci Syaitan
Justeru, Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita mengenal
diri. Mengenai true self kita.
Perhatikan hati kita. Awasinya. Lihat, apa yang ia mahukan
dari kita.
Apa yang kita tahu darinya, itulah status diri kita. Status
hati kita.
Kerana tiada lagi syaitan untuk menggoda.
Hanya kita & nafsu sahaja.
Inilah masanya.
Medan tempur kita.
Medan tempur kita.
One-on-one.
Bersedia untuk menghadapi the real you?
Tarbiah Dzatiyyah (Pendidikan Diri Sendiri)
Inilah masa untuk kita mendidik diri kita.
Mendidik true self kita.
Bukan sekadar lapisan luaran.
Bukan sekadar ‘nampak’ baik, tapi benar-benar cuba untuk
menjiwai kebaikan itu.
Didik sehingga ke lapisan paling dalam.
Supaya apa yang kelihatan diluar, adalah apa yang hasil dari
dalam.
Bukan lagi False self. Tiada lagi berpura-pura.
Hanya kita & Allah. Itu saja. Bukan untuk orang lain.
Hanya untuk Dia.
Sampai bila?
Sampai kita bertemu dengan Nya kelak.
Saat kita akan tersenyum, dan merasa rindu untuk bertemuNya.
Kita redha kepadaNya, Dia juga redha akan kita.
Sementara kita masih punya Ramadhan. Manfaatkannya.
Bukan sebulan ini, tapi untuk 11 bulan akan datang.
Learn to build the new & better you.
Medan Muhasabah
Jadi, persiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan selama
sebulan ini.
Kurangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Seperti seorang akh yang ku kenal, dia berazam untuk tidak
pergi ke bazaar sepanjang Ramadhan.
Pada mulanya aku tak faham, kenapa? Pelik betul azam
Ramadhan dia yang ini.
Sehinggalah selepas itu aku ke Bazaar, dan aku mula memahami
kenapa.
Anda?
Anda lebih tahu apa yang anda lakukan.
Rancang & laksanakan.
Rancang & laksanakan.
If you fail to plan, you plan to fail.
Sabda Rasulullah saw (bermaksud):
"Berapa ramai
yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.
Berapa ramai orang mendirikan solat malam tidak memperolehi apa-apa kecuali
berjaga malam dan keletihan "
(Riwayat Ibnu Majah
daripada Abu Hurairah. Telah dihasankan oleh Albani).
Let the your true self be centralized around Allah, the
Creator of the universe,
Rather than it be centralized around Dunya, which you will
leave it one day..
Ramadhan Mubarak.
Allahul musta'an. Semoga Allah memberi anda dan saya yang menulis ini kekuatan. Amin.
0 comments:
Post a Comment