![]() |
"O Allah! I need YOU.." Picture by SpongySponge of deviantart.com |
Malaysia a Christian Nation?
What do I think? What do you think I think? I am a Muslim. So again, what do you think I think? A yes? No?
Fiqh Medic
What are the legal maxims of Islamic Law (QAWA’ID FIQHIYYAH). Let's say, if a patient is having a colostomy bag (which contains his urine or feces), would the ablution be valid? How about, if a women is in labour (bear in mind that giving birth to the first child can be as long as 19hours); can she still performs Salah? (Let's find the answer here.)
Men VS Women
Let's think critically. Who is the one which better in governing this world!? Men, who have more influencing and have strong character or women, who have emotional values, and boundless cares and love?
Are You Ready to Fall in Love??
What is love to begin with? we might assume that we have that sort of wonderful love, unshakeable by no others even death. We may sacrifice anything to our beloved person. But, if we claimed that we love Rasulullah, where are the proofs? You are willing to sacrifice anything for his sake?
Does God need us?
Now, tell me, what are the differences between this human-made lego tree and the one who created by our almighty creator,our god?
Friday, February 1, 2013
[47:7]
Friday, January 25, 2013
Patience
Patience.
![]() |
Ren. Patience. Picture from here. |
In this transient journey towards akhirah, none of us are spared from challenges. Is is just simply because the Almighty has made this dunya a very PERFECT testing ground for His a'bd. As His servant, whenever we face hardship and challenges in life, do stop, sit back, close your eyes, try to see beyond with the "eyes" of your heart.
Let yourself embrace in His love.
Let Him move your heart.
Finally, when we look back at the footsteps that we left behind, we could see that all the difficulties, hardship, and challenges are indeed His blessings for us.
" And obey Allah and His Messenger, and do not dispute (with one another) lest you lose courage and your strength depart, and be patient. Surely, Allah is with those who are As-Sabirin (the patient ones, etc.)."
Tuesday, January 15, 2013
Comfort Zone
![]() |
Picture from here. |
![]() |
Picture from here. |
Tuesday, January 1, 2013
Realize or not?
![]() |
Picture from here. |
![]() |
Picture from here. |
Saturday, December 29, 2012
Teka-Teki Dalam Al-Quran
6. Ia berkenaan kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidr (yang Allah SWT sebut sebagai seorang hamba dalam kalangan hamba-hamba-Nya).
7. Untuk memahami latar belakang kisah mereka, boleh rujuk ayat 65-78 dalam Surah Al-Kahf.
8. Pun begitu, izinkan saya menceritakan secara ringkas latar belakang cerita ini.
9. Setelah mendapatkan keizinan, Nabi Musa mengikuti Nabi Khidr untuk mempelajari ilmu dan petunjuk daripadanya.
10. Namun ia bersyarat. Nabi Musa AS tak dibenarkan bertanya apa-apa pun soalan sehinggalah Nabi Khidr sendiri yang menerangkan tentangnya.
11. Namun, Nabi Musa tak mampu bersabar dan setelah kali ketiga dia bertanya soalan tentang tindak-tanduk Nabi Khidr, Nabi Khidr pun menerangkan tentang tindakannya dan mereka pun berpisah di situ.
12. Tiga perkara inilah yang menjadi teka-teki yang kita akan bincangkan hari ini.
13. Menariknya, bukan hanya soalannya yang menjadi teka-teki. Bahkan jawapan dan penerangan Nabi Khidr pun ada teka-teki yang cukup menarik untuk dibongkar bersama-sama!
14. Pertama: Nabi Khidr telah membuat lubang diperahu yang mereka naiki. Tanya Nabi Musa AS, adakah engkau berniat menenggelamkan penumpangnya?
15. Kedua: Lalu mereka terus berjalan sehingga mereka berjumpa dengan seorang anak muda dan Nabi Khidr membunuh anak muda itu. Tanya Nabi Musa AS, mengapa engkau membunuh jiwa yang bersih, dan bukan kerana dia (anak muda) membunuh orang lain?
16. Ketiga: Mereka terus berjalan sehingga sampai ke satu negeri, dan melihat dinding sebuah rumah yang hampir roboh, lalu Nabi Khidr menegakkannya semula. Lantas berkata Nabi Musa AS, kalau kamu mahu, kamu boleh minta imbalan (upah) dari apa yang kamu kerjakan itu.
17. Itulah kali ketiga Nabi Musa AS tak mampu bersabar, maka akhirnya mendapat penjelasan teka-teki yang bermain di fikirannya namun terpaksa berpisah dengan Nabi Khidr.
18. Saya akan nyatakan di sini ketiga-tiga jawapan kepada teka-teki ini yang sebenarnya sudah terdapat dalam Al-Quran yakni dari ayat 79-82.
19. Cuma, yang mungkin kita tak sedari, dalam jawapan kepada teka-teki itu pun ada teka-teki!
20. Mari kita bongkar bersama-sama kecantikan Al-Quran di sini.
21. Sebelum itu, kita sedia maklum bahawa Nabi Khidr diberi ilmu oleh Allah SWT yang tak diketahui oleh Nabi Musa AS sendiri, sebab itu tindakan Nabi Khidr dipersoalkan oleh Nabi Musa AS, kerana pada pandangan mata kasar dan pengetahuan Nabi Musa AS, tindakan itu tak wajar.
22. Kita juga harus memahami perkara ini dan muhasabah diri sendiri. Ada perkara di dunia ini yang pada mata kasar atau pengetahuan cetek kita, kita fikir baik, rupanya tidak baik. Demikianlah juga sebaliknya. Ada yang kita fikir tak baik, rupanya bermanfaat untuk kita.
23. Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Boleh rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 216.
24. Baik, dalam penerangan terhadap ketiga-tiga tindakannya Nabi Khidr menggunakan KATA GANTI NAMA yang berbeza-beza! Biar saya terangkan.
25. Inilah teka-teki yang cukup unik.
26. Dalam situasi pertama, apabila perahu yang dinaiki dilubangi Nabi Khidr, kata Nabi Khidr, Aku yang berkehendakkan untuk melubanginya. Kata ganti nama yang digunakan ialah Aku.
![]() |
..aku berkehendakkan... |
![]() |
....Kami berkehendakkan... |
![]() |
....Tuhanmu menghendaki... |
33. Dinding rumah yang ditegakkan semula itu adalah milik dua orang anak yatim yang tersimpan bagi mereka harta. Ayah mereka insan yang soleh, dan ketika mereka dewasa kelak, mereka boleh mengeluarkan simpanan harta mereka yang terselamat itu.
34. Kenapa Nabi Khidr tak sebut 'Aku menghendaki untuk melakukan sekian-sekian' dalam ketiga-tiga situasi di atas? Kenapa perlu bertukar-tukar kata ganti nama?
35. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu faham bahawa terdapat dua bentuk realiti di dunia ini yakni internal reality dan external reality.
36. Hakikatnya, semua internal reality itu baik belaka kerana semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT. Sama keadaannya seperti ketiga-tiga situasi di atas. Ada hikmah yang baik (internal reality) di sebalik apa yang berlaku.
37. Pun begitu, ada perkara yang pada external reality yakni pada pandangan mata kasar dan pengetahuan cetek kita yang kita tak mampu nilai sama ada sesuatu perkara itu benar-benar baik atau tidak.
38. Mari kita nilai semula cerita di atas. Dalam situasi pertama, membocorkan perahu pada pandangan external reality adalah satu perkara yang buruk. Sebab itu Nabi Khidr menggunakan perkataan Aku, supaya perkara buruk itu disandarkan pada dirinya sendiri!
39. Dalam situasi dua pula, Nabi Khidr menggunakan Kami, kerana ada dua external reality di sini, satu buruk dan satu lagi baik. Pertama, membunuh anak muda. Kedua, anak yang lebih baik akan diberikan kepada orang tua tadi. Maka perkataan 'Kami' digunakan merujuk kepada Nabi Khidr dan Allah SWT.
40. Keburukan membunuh itu disandarkan pada Nabi Khidr, manakala pemberian anak yang lebih baik pula disandarkan kepada kehendak Allah SWT!
41. Akhir sekali, dalam situasi ketiga, menegakkan dinding rumah yang hampir roboh, pada external reality langsung tiada apa-apa yang buruk padanya. Sebab itu Nabi Khidr terus menisbahkan tindakan itu kepada kehendak Allah SWT!
42. Subhanallah!
43. Demikianlah cukup cantik teka-teki dalam Al-Quran.
44. Maka, sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh berkat hari ini, marilah sama-sama kita menghargai nikmat mukjizat Al-Quran dengan membaca dan memahaminya.
45. Sunnah Nabi SAW membaca Surah Al-Kahf sebagaimana hadis dalam gambar rajah berikut:
46. Semoga bermanfaat dan sama-sama kita hayati dan kongsikan!
47. Mohon doakan kebahagiaan saya dan keluarga di dunia dan akhirat. Ameen ya Rabbal 'alamin.
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Ibnu Hanaffi
Bekas pelajar IMU
Monday, December 10, 2012
Saya cinta kamu!!
![]() |
![]() |
Kawan. Sahabat. Teman. |
Friday, December 7, 2012
Saturday, December 1, 2012
A Different Side of the Obvious
![]() |
Picture by deviantart. |
Thursday, November 29, 2012
Berjuang Dalam Kekurangan
Thursday, November 22, 2012
Kucing
Ya, kucing... Tajuk yg begitu cliché sekali, don’t u think? ;)
Oppss, tunggu dulu! Ini bukan penulisan cikai ala2 penyapu cap Ayam di kedai RM2 mahupun basikal bujang lapok tunggangan Pok Mat di kampong saya. Ini adalah satu discovery yg mapan lagi menggegarkan! Nak tau? Teruskan membaca!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg memberi saya peluang untuk mengutarakan buah fikiran, mencerna ilmu dan kefahaman di dada saya dan InsyaAllah, di dada saudara-saudari sekalian. Sejujurnya artikel ini adalah the first among equals, dan berpaksikan rujukan dari sumber yang dipercayai, insyaAllah.
Rasulullah SAW amat menghormati dan menyayangi haiwan kita anggap ordinary nie. Bahkan berkongsi makanan pun dgn kucing. Manusia sebagai khalifatullah harus menjaga hubungan dengan alam semulajadi termasuk haiwan yg melata di muka bumi, kerana hakikatnya- setiap dari jenis haiwan2 ini bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Wallahualam~
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Al-Hadid, 1]
Ps: Penulis suka main dengan kucing especially time study di rumah. Penawar kebosanan yang mapan!
Sumber: http://hasnulhadiahmad.com/