Sunday, November 13, 2011

5 syarat untuk melakukan maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya: "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh," Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" 
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.




By:
Amirul Mukmin
Msoc Committee 2011/12

Related Posts:

  • A Reflection: End of What?Assalamualaikum wbt Bismillahirrahmanirrahim. You can download the full resolution here Everyone now seems busy with their academic pursuits, and mind you, I am one of that 'everyone.' However, when we are busy with our pr… Read More
  • Yahudi Menuju KehancuranAssalamualaikum wbt. Islam means peace.. I accidentally found this one article I wrote quite sometime ago which I thought maybe worthy of reading. You can also download the pdf copy which I managed to retrieve from Scribd… Read More
  • A Special Day: May 8th 2011Assalamualaikum wbt    "Your Lord has decreed that you worship none but Him, and that you be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in your life, say not to them a word of contempt, nor repel t… Read More
  • Poco-Poco: A Knee-jerk Reaction (Updated)Assalamualaikum wbt1. After I wrote extensively about my personal opinion regarding the prohibition of poco-poco dance in the state of Perak, I have received quite a number of positive responses (alhamdulillah), be it in t… Read More
  • Wonderful Overseas Weekend (WOW)Assalamualaikum wbt Just for the record, we attach the video here ;-) … Read More

0 comments:

Post a Comment