Sunday, January 4, 2015

Tadabbur Kehidupan



Assalamualaikum.

tadabbur alam. tadabbur kehidupan.



It’s that time of the year again.. Tahun 2014 sudah  melabuhkan tirai. 1 tahun lagi sudah  berlalu. Apa yang kita telah capai?

Masa. Ia sentiasa berjalan. 
Ada orang kata, masa itu sentiasa tidak cukup. Aku rasa, masa itu bergantung kepada individu. Mengenai bagaimana kita prihatin kepada masa, dan sedar kehadiran masa itu.

Ia akan cukup, jika kita cukupkannya.
Ia tidak akan pernah cukup, jika kita bazirkannya.

Dan masa, sepatutnya menjadi batu loncatan untuk kita. Faktor penolak.
Kerana pada akhirnya, setiap hari, waktu harian kita akan habis. Dan kita akan kembali tidur semula. Menanti esok hari yang akan tiba, untuk hari baru.

Jadi pernah tak, sebelum kita tidur, kita fikir, apa yang aku telah lakukan hari ini?

Adakah ia sesuatu yang bermakna?

Adakah ia sesuatu yang baik? Untuk diri? Keluarga? Rakan-rakan? Untuk agama, Allah dan Rasul?

Atau kita hanya membazirkan masa?
Diulang-ulang rutin yang sama.

Rutin yang tiada makna.

Bangun pagi lewat, tergesa-gesa siap-siap ke kelas, jika terlalu lambat terlepas kelas, solat hujung-hujung waktu, layan internet berjam-jam, layan video, main games, makan, layan drama, lalu sambung tidur semula pukul 2-3 pagi.

Belum kira waktu-waktu yang ada diselitkan perkara maksiat.. Aduh.




Tadabbur. Ponder. Refleksi.

Masa 24 jam kita. Apa yang kita lakukan?

Masa muda kita, apa yang kita manfaatkan?

***

Ada sebuah kisah.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang pagi ini berpuasa?” Abu Bakar r.a menjawab “Saya, ya Rasulullah!”, Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Siapa yang pagi ini sudah menghantar jenazah ke kubur?” Abu Bakar r.a menjawab, “Saya ya Rasulullah”. Rasulullah bertanya lagi, “Siapa pagi ini telah memberi makan orang miskin?”, jawab Abu Bakar r.a “Saya ya Rasulullah” Rasulullah bertanya lagi “Siapa pagi ini sudah menjenguk orang sakit?” Abu Bakar r.a menjawab, “Saya ya Rasulullah!”. Akhirnya Rasulullah bersabda, “Tidaklah (semua perbuatan baik itu) terkumpul pada seseorang kecuali pasti dia akan masuk syurga.”(HR Muslim)

Kita lihat, keimanan Abu Bakar r.a dalam menggenggam masa 24 jam itu sangat-sangat patut kita contohi. Bahkan, jika kita telusuri kisah Baginda s.a.w, Baginda sememangnya insan yang amat sibuk.

Bagindalah ketua agama, ketua negara, komander tentera,

Baginda juga teman kepada sahabat r.a yang lain, Baginda juga suami dan ayah kepada keluarga, dan

Baginda juga hamba Allah.

Namun sesibuk mana Rasulullah, Baginda masih mampu untuk solat malam sehingga bengkak kakinya. Allah..

….

Masa itu mengikut apa yang kita mahu.

Jika kita mahukan keseronokan, maka keseronokan yang akan memenuhi masa kita.

Jika kita mahukan kecemerlangan, maka kecemerlangan lah hala tuju masa kita.

Jika kita mahukan kebaikan, maka kebaikan lah yang kita akan penuhkan.

Jadi ia berbalik pada apa yang kita mahu. Apa yang berada di dalam hati.

Kerana itu, Allah sering mengingatkan kita dalam al-Quran mengenai tarikan-tarikan hati, kisah-kisah kaum terdahulu, peristiwa-peristiwa akan datang. Mengingatkan kita akan rendah dan sementaranya dunia, sementara kekal dan pastinya akhirat.


***


Saya suka mengingatkan diri, bahawa tempat untuk nafsu kita ini, bukan untuk dunia, tapi untuk akhirat sana.

Kita cubalah sekuat mana, susah untuk kita merasa puas akan dunia. Kerana itu kita terkejar-kejar.

Berpenat dan bersusah payah untuk perkara yang singkat. Kita cuba menjadikan dunia ini, sesuatu yang bukan sifatnya. Kita mahu ia kekal, sedangkan ia akan mati. Lantas kita merasa kecewa.
Itu bukan salah dunia, tapi salah kita. Salah dalam menilai dunia.


***


Lalu usaha, dan masa kita, perlu kita sinergi kan.

Supaya masa ini, kita manfaatkan.

Supaya tenaga muda ini, kita gunakan. Hanya untuk kebaikan. Hanya untuk kebaikan.

Teringat kata-kata sahabat ku,
“Jika kita jaga hubungan kita dengan Pencipta Masa, InsyaAllah Dia akan cukupkan masa kita.”


Semoga Allah menerima masa kita ini sebagai Ibadah. Semoga masa ini tidak terbuang begitu sahaja.
Dan semoga engkau dan aku, mati ketika sedang melakukan kebaikan. 
Dan hanya meninggalkan dunia ini, nilai-nilai kebaikan...


Amiin. Ya Rabbal 'alamin...







Dinukil oleh: Saudara Zulhafifi 

2 comments:

  1. Indeed
    Too many things to ponder in,
    How great
    To have those that always give reminders...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly... that's why we should remind each other, as we tend to forget. :)

      Delete